Friday, February 24, 2012

Review Adnan Sempit 2

Semalam menghabiskan masa bersama tersayang pegi tengok wayang cerita si Adnan Sempit 2. Sebelum keluar movie kedua ni we all dah pegi tengok Adnan Sempit yang pertama. Sequel yang kedua ni sangat best,bolehla diberikan rating 4 (result review dari i lah). 

So, u alls mesti dah tau siapa pelakon utama Adnan Sempit iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana,Along Raja Lawak, Yana Samsudin, Angah dan Shuk. For the 2nd movie ni mengisahkan Adnan bersama 'mama'nya si Nadia yang berusaha men'transformkan' diri sebagai syarat perkahwinan yang diberi oleh bapa Nadia iaitu Dato Isnin. Dato Isnin meletakkan syarat bahawa Adnan perlu mengubah dirinya menjadi setaraf  untuk digandingkan dengan anaknya Nadia. Dalam masa 30 hari Adnan perlu menukar imejnya seperti seorang ahli korporat,pandai berbahasa Inggeris, pandai bermain golf dan pandai membawa kereta. Manakala Nadia pula menerima syarat dari ibunya  untuk sedia berubah dan belajar menjadi seorang isteri mithali. Nadia perlu memasak,mengemas dan membuat kerja-kerja rumah, tentulah teramat susah bagi seorang anak Dato macam Nadia yang perlu membuat kerja-kerja seorang isteri! 

Adnan berusaha bersungguh-sungguh memenuhi syarat Dato' Isnin dibantu oleh best friend forever nya Along Raja Lawak iaitu Bobby (tapi semua bantuan si Along ni hampeh belaka,korang tengok je lah nanti ya).Adnan baca kamus dan baca buku tadika Bahasa Inggeris,berlatih main golf dengan menggunakan kayu hoki dan bola sepak kecik , tukar imej dengan pakai suit kemeja dan kot tapi bawa motor la plak, dan belajar bawa kereta berSIFUkan Angah Raja Lawak..So funny untuk setiap babak. 

Pada masa yang sama Dato Isnin bersama anak buahnya iaitu sepupu Nadia lakonan Shuk Kumpulan Balas Raja Lawak mengatur rancangan untuk merosakkan hubungan Adnan dan Nadia. 

Wehoo..rasanya sampai situ je i story mory nanti tak surprise pulak bile u alls tengok movie ni nanti.. Kalo bosan dan kesedihan bolehlah tengok filem aksi komedi ni di cinema ya..