Wednesday, February 1, 2012

Mee Goreng Mamak Kampung Jawa..

Kampung Jawa terkenal kat Melaka sebagai tempat 'lama' atau tempat 'otai'. Tempat ni dah lama wujud kat tengah2 bandar melaka sebagai tempat shopping ala2 old town gitu.. Jalannya sentiasa sesak dengan kenderaan pastu sehala plak tu..banyak deretan kedai sepanjang jalan,ada kedai baju, kedai makan (paling banyak kedai mamak), kedai barang2 keperluan yang rata-ratanya diusahakan oleh peniaga secara turun temurun..

So, entry kali ni nak share dengan korang mee goreng mamak kampung jawa yang sejak aku kecik lagi ayah aku dah bawak aku jalan2 dan makan kat sini. Pendek kata kalo ke bandar melaka tu, ni tempat wajib singgah la.. Tak sangka plak aku dan tunangku sama jugak..sejak dari kecik selalu dibawa ke sini..so kalo kitorang kuar dan tak tau nak makan katne bila ketandusan idea,kitorang akan datang ke sini. Hehe, agaknye akan datang bila dah kawin nanti bawak pulak anak makan kat sini..Kedai nye biasa je tepi jalan, meja dan kerusi pun tak banyak..tetap sama macam dulu..tapi orang ramai je..kalo korang nampak ade meja kosong tu cepat2 la duduk..kalo takde blah je lah..

So, hari ni aku kuar jalan2 ke bandar melaka dan singgah makan kat sini. So,kitorang pesan 2 pinggan mee goreng mamak +ayam, pastu bungkus bawa balik 2 plastik mee rebus dan rojak untuk family mertua dan family aku..

ok,nanti kalo ke bandar melaka tu try lah singgah2 ke kampung jawa eh..macam2 ada bukan setakat makanan je, actually ade satu kedai makan lagi kat area sini yang marvelous jugak..tapi nanti entry akan datang i share dengan u alls eh..


anda pernah ke Kampung Jawa Melaka??