Friday, February 24, 2012

Meriahnya MELAKA hujung minggu ini..

Bermula 24-26hb Februari 2012 ada pelbagai aktiviti,acara, dan event berlangsung di Melaka. Hari ini juga,Jumaat ada lawatan rasmi YAB Perdana Menteri kita Dato' Seri Mohd Najib ke Melaka. Lawatan rasmi selama sehari Perdana Menteri ke Melaka akan merasmikan Taman Seri Manggis iaitu taman rumah mesra rakyat pattern baru di negeri ini. Taman ini terletak berhampiran dengan felda tempat i tinggal, so secara tak langsung jawatankuasa felda i, JKKK kampung dan segala orang-orang penting memang busy nak menyambut ketibaan Perdana Menteri hari ni. Segala jalan dari Melaka ke arah kampung i ni memang berderet bunting  selamat datang juga pokok-pokok bunga baru yang i sendiri tak tau bila tumbuhnya sebab tak pernah nampak plak sebelum ni...so Selamat datang Dato' ke Melaka!.

Semalam jalan-jalan di sekitar MITC pula lain plak eventnya, ada Karnival Sukan X-treme yang sedang berlangsung di Planetarium Melaka
Tapi i tak taulah pula rupa sukan yang macam mana, agaknya yang panjat-panjat dinding, bungee jumping tu semua lah kot,paintball ke..sebab semalam baru nampak nak set up boothnya..if i pegi jalan-jalan area situ nanti, i pergi skodeng ya.

Berdekatan dengan Planetarium Melaka tu juga berlangsungnya karnival PC Fair MITC Melaka bertempat di MITC hall. Ada banyak booth jualan,tau je lah kalau PC Fair sure jual pelbagai barangan digital. So, pada sape yang nak dapatkan tablet,i-pad,phone baru,laptop,printer,portable hard disk dengan harga berpatutan bolehlah ke PC Fair MITC Melaka..

Melaka tentunya bertambah jam,meriah,dan busy dengan karnival besar-besaran tak lain tak bukan karnival TV3 JomHeboh.. Kali ni Jom Heboh TV3 akan berkampung di MITC Melaka juga berdekatan dengan MITC hall..wah keluar je dari pintu karnival PC Fair tu dah masuk ke pintu Karnival Jom Heboh plak..Tapi,Jom Heboh akan start pada 25-26hb Februari,Sabtu dan Ahad ini..

Hah, tengok pada poster tu ada bermacam aktiviti kan, dan ada banyak sangat booth jualan yang akan dibuka di karnival-karnival yang sedang dan akan berlangsung di MITC Melaka pada hujung minggu ini. So, MITC dah jadi one stop karnival pula kat sini..semua dalam satu,pilih saje nak ke karnival mana atau nak ke semua yang ada. Sediakan duit sahaja atau window shopping..tapi sure rambang mata dan tergoda nafsu tengok macam-macam yang dijual kan?? 

Pada yang datang dari luar Melaka dan ingin menghabiskan cuti hujung minggu anda di Melaka,selamat memandu i ucapkan dan bawa banyak-banyak lah bersabar ya sebab keluar je dari tol Ayer Keroh tu i bet jalan mesti jam punya..

huhu, i tak mau susur keluar ikut jalan tu