Tuesday, January 31, 2012

Watch MAS Flash mob

Korang dah tengok video Malaysia Airlines buat out of sudden performance kat KLIA aka flash mob?? Actually flash mob ni adalah satu trend baru kat dunia sekarang dimana melibatkan individu dan kumpulan kecil yang secara 'tiba-tiba' akan menyanyi,membuat persembahan di tengah-tengah orang ramai dan kemudian bila dah habis persembahan yang diorang buat,diorang akan buat muka selamba je jalani rutin harian semula dan berjalan kembali macam biasa bersama orang ramai.

So,ramai yang impress tengok falsh mob ni waktu di KLIA esp pada foreigners yang datang ke negara kita..Siap tanya lagi selalu ke buat macam ni..haha.

Ape2pun jom tengok video ni..Watch MAS Flash mob




So,apa pendapat korang??

Openrice.com

Openrice.com, the most comprehensive dining guide that rewards you for your food reviews! Don’t miss out! #MakanNShare

Jika anda tercari-cari dimana tempat sesuai nak makan. Anda bolehlah layari website OpenRice.
Website ni merupakan sebuah website direktori yang memudahkan kita untuk mencari tempat makan mengikut jenis makanan yang kita inginkan dari europian food,chinese food, kelantanese, mamak dan macam2 lagi lah..Ada lebih dari 12000 tempat makan yang tersenarai. Cuma direktori tempat banyak di area KL dan Selangor sahaja dan belum meluas lagi ke semua daerah di Semenanjung,Sabah n Sarawak..

Jika anda seorang food review,suka makan dan bagi pendapat..website ni sesuai untuk anda. Saya adalah salah seorang contohnye.. :) Ada contest lagi untuk mereka yang rajin review..So check it out kat sini Openrice.com, the most comprehensive dining guide that rewards you for your food reviews! Don’t miss out! #MakanNShare


Dimana tempat makan pilihan anda?

Monday, January 30, 2012

Fenomena filem melayu sekarang..

Lately aku banyak layan filem2 melayu aka filem malaysia. Selalunya,honestly aku cakap aku tak berapa minat tengok filem melayu kat wayang sebab musababnya aku sendiri tak pasti. Almost 99% bile aku tengok wayang mesti Europe/english version. Kalo ade terlepas 1% pun tengok wayang berbahasa Malaysia sebab aku gi dengan tunang aku..tapi aku n tunang jarang sekali gi tengok wayang sebab kitorang minat genre filem yang berbeza dan if kitorang kuar date tempat yang same2 kitorang suka nak tuju adalah pantai..cause tenang je..

Ni aku nak share pendapat peribadi aku dan secara tak langsung nak tanya pendapat korang mengenai trend filem melayu sekarang yang aku tengok makin berani dengan aksi terbuka/aksi di ranjang yang aku rasa amat tak sesuai dengan tontonan budak2. Even cousin aku yang umur 5 tahun pun dah pandai cakap.."eee tak malu dia peluk2, .." then bile aku tanya nape qiqi cakap tak malu plak? (saje nak test)..qiqi jawab "yela,ustazah kita bagi tau pempuan lelaki tak boleh peluk2...". Aku senyum je then aku test lagi.."Abis tu mak n abah qiqi boleh je peluk, akak boleh je peluk qiqi.." Pandai cousin aku ni..die jawab"mak n abah lain,dah kawin boleh peluk lah..akk boleh peluk qiqi sbb qiqi kecik lagi..". "Yeke??" aku tanya die balik..dan dia jawab "yelah tak caye tanya cikgu kite.." .Hah part yang ni memang aku percaya dia dah tau benda baik/buruk sebab dia dah belajar kat sekolah. Sebab aku pun cikgu jugak..budak2 sekolah ni esp yang prasekolah memang lebih percaya cakap cikgu dari cakap orang lain..ape yang betul semuanya yang cikgu cakap..tu sebab cikgu kena main peranan betul2 bentuk sahsiah murid sejak dari awal persekolahan lagi+peranan ibu bapa dirumah.

See..lihat fenomena dan trend filem yang boleh mempengaruhi anakk2 sekarang..sungguh menakutkan..dan aku pun terpikir jugak artis2 Islam yang berpeluk bercium dalam filem tu tak malu ke esp yang dah jadi bini orang,laki orang. Dan tak marahke laki/bini die yang tengok aksi2 laki/bini masing2 dalam TV..?? Semuanya tepuk dada tanya iman..


komen anda:

Sunday, January 29, 2012

Debor keputusan AJL 26

Keputusan AJL 26

Persembahan trbaik - Alyah (kisah Hati) RM 10K
vokal terbaik - Hafiz (Awan Nano) RM10K
Tempat Ketiga - Faizal Tahir (Karma) RM12K
Tempat Kedua - 3 Suara (Beribu Sesalan) RM15K
Juara - Hafiz (Awan Nano) RM35K

wah Hafiz je dah RM 45K..Jaclyn Victor ade tuah sket sebab masuk group 3 suara. Keputusan ini aku memang dah jangka..ape2 pun Faizal Tahir tiap2 tahun ade dalam list walaupun bukan Juara..tahniah Faizal Tahir.

Huhu..kalo ade persembahan paling jimat mesti Hafiz yang dapat sebab pakai seluar tracksuit dengan t-shirt pudar je..itulah penangan Awan Nano..Dah macam anak beranak aku tengok die ngan Hermantino..maybe sebab satu family warga rambut kembang ala-ala Alleycats kot. Ape2 pun tahniah ye Hafiz dari gue dan family gue..

Lirik Awan Nano (Dicopy dari web 1liriklagu.com)

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu





Komen anda :)

Kisah AJL 26..

huhu..aku tengah berblog sambil menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-26 secara live di TV je..hehe, dan aku suka nak share kisah AJL 26 ni bersama readers2 blog ku sebab aku sangat suka kombinasi ayat dan tajuk lagunya..


SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya..


komen anda tentang AJL 26??

Ber 'BUENO' di petang hari..

Setelah mendapat berita sedih (sedih utk diri aku je tak dapat sesuatu) yang sejak dari pagi tadi aku tunggu,petang baru kunjung tiba..ahh malas aku nak pikir lagi. Aku pun kembali ber blog melayan diri sendiri. sambil tu ber BUENO lah aku depan laptop, jangan laptop aku rongak dimakan tikus malam ni sudah..

Actually adikku baru balik dari Langkawi dan sampai rumah kul 5pagi tadi..rombongan suka suki katanya sekembalinya dari pelayaran kapal di lautan berombak..So almaklumlah gi Langkawi mestilah borong sakan segala datuk dan nenek coklat. Macam2 yang aku pesan semua die beli..bagus betul adik aku ni..untung aku. So, yang aku capai dulu sekotak adalah coklat kegemaran aku mengatasi ranking Ferrero rocher iaitu Raffaello..(tapi aku x tau nape aku tak pernah tengok plak iklan Raffaello ni kat TV)..huhu, sejuk je lidah aku menggigit coklat putih kelapa Raffaello ni..nyum nyum..ni aku tunjuk gambornye

ni kotak je..sekotak rm18.90 sen..tu harga kat Langkawi kat tanah arab aku tak tau lah plak berapa harganya.. Bagi mereka yang tak gemar coklat susu tak payahla makan sebab tak terasa nikmatnya contoh mcm adik aku..allergic susu sangat sampai muntah plak makan Raffaello ni..sayang sekali satu Raffaello dah terlepas dalam muntah die..kalo tak boleh aku baham satu..

Habis menikmati Raffaello aku ber BUENO plak dengan coklat ape lagi kalo bukan KINDER BUENO.. Ni banyak kat semenanjung..kat kedai runcit Kedut kat kampung aku ni aku tak tau ade ke tak sebab aku tak pernah pegi..

Tapi edisi Bueno di Langkawi dalam pack besar dan dalam kotak canggih ala2 tunang aku bagi hadiah kat aku..haa ni dia BUENo ku..



Tu kotak je..ni dalamnya Sekian saja entry petang ni..aku nak menikmati coklat..coklat juga dapat hilangkan stress tambah2 lagi mcm aku yg tgh stress ni..huhu aduhai..

Apa yang korang buat di petang ni?

Churp churp...


Jalan-jalan and blogwalking di hari Ahad yang ceria dengan kicauan burung pagi2 ni. Wah indahnya suasana desaku..dan aku terjumpa sekor burung biru yang aku tengok comel. Ntah dh breakfast ke belum anak burung ni aku pun tak tau mane maknya tapi siasat punya siasat rupanya anak Nuffnang... Disebabkan aku pernah register Nuffnang 3thn lepas yang aku rasa profile aku tu hidup segan mati tak mau..aku pun hidupkanlah semula akibat terkena injection motivasi dari otai blog bro MohdZaid. Dan aku remove blog-blog mengarut aku yg dulu..tapi bile aku check balik not bad traffic blog ni tapi buat ape tamak kan..baik aku fokus ape yg ade..bile aku teringat blog2 sekolah dn mcm2 blog lain yg aku kena jaga lelap mata je lah aku delete dr akaun nuffnang..dh lame tak update pun. Sure nuffnang pun nak muntah review blog tu yg tak pernah aku sndiri review..hehe. so, aku nak ajak readers2 di luar sana yang tak join lagi sama2 churp churp dgn burung biru ni pulak. Dari meraban cakap tak tentu hala dan buat mesyuarat tingkap ada faedahnya churp churp plak..haaa churp churp laaaaa


KOmen :)

Sunday, January 15, 2012

Jalan-jalan Azura Movie Promo Tour 2

Aku sedikit bengang dengan cik abangku sebab aku tanya tidur sini ke tak katenye tak..last2 aku bermalam dengan tak bwak baju ape2..nasib baik toiletries aku sentiasa lengkap aku bawak ke sana ke mari..tapi baju? garments? huuu aku bukannya duk dalam hutan nak kene anyam daun buat underwear...so, nasib baiklah malam tu aku jalan2 ke bazar karat..dapat jugak aku cari apa yang aku nak. Dan disebabkan kesalahan cik abangku, aku tuntut ganti rugi support aku beli baju..hehe dapat! tahniah ika..

So, aku n sama2 dengan dia beli t-shirt cap ayam..satu baju Blogger satu lagi baju Photographer..sesuai la kan, cik abang aku Photographer dan aku plak Blogger..(ape2 je lah asalkan ada baju esok nak pakai). So tanya brader jual baju tu berapa bang?? selai 20 dik..kalo adik beli 2 abang kasi 36.. alah..cincai je lah (sebab duit abang aku..so beli jerr..walaupun mata aku sebenarnya dah terkenan baju kedai sebelah tapi malas sku nak try2..hah ambik je lah)

Kat bazar karat ni takde gambar yg aku amik sbb kelabu biji mata tengok mcm2 barang..best giler tampat ni sebab aku ni kaki window shopping.. sebelum ke bazar karat ni kitorang gi makan2 kat restoran Singgah Selalu..aku konpom orang JB mesti tau restoran ni. Restoran ni memang besar and banyak tarikannya.. tapi kata orang JB plak tak berapa sedap sangat menunya..tapi bagi aku plak sedap je tekak aku rasa, dan menunya meriah..ape ko rasa nak makan, makan aje..semua ada..orang masak lemak je takda..haha. So mewah nya makan malam tu sebab makan di sponsor..dan meja kitorang paling mewah..penuh dengan makanan yang aku sendiri sampai nak muntah pulak tengok makanan atas meja tu.. (bersyukurlah dapat makan..brppp Alhamdulillah...)

ala..tak berapa nampak pulak signboard Singgah Selalu kat belakang tu..
ni bergambar je..bukan model suria wheel eh..



Komen-komeN :)

Saturday, January 14, 2012

Jalan-jalan Azura Movie Promo Tour

Cuti hujung minggu 14-15hb Januari adalah planning yang kelam kabut je dek kerana cik abang ku bagi tau last minit nak hantar t-shirt fanclub ke Plaza Angsana JB. So, disebabkan cik abang tak bawak kereta jadi aku lah yang kena menjemputnya di Banting. Dahla aku gerak agak lewat sebab paham-paham je lah orang perempuan nak siap itu ini dan aku ni plak blur kalo dapat 'tugasan' add hoc macam ni. (Sure, aku tak boleh masuk explorace kan??? )

So, sampainya aku di sana cik abang aku dah siap packing dan kami bergegas ke Plaza Angsana JB. Actually sedang berlangsung kat sana satu event iaitu Azura Movie Promo Tour. Filem ni akan kuar kat pawagam pada bulan Februari nanti. So, Suria FM merupakan radio rasmi untuk promote filem ni. Filem ni adalah arahan abang Aziz M.Osman. Hmm dah lama kan tak kuar filem baru arahan dia..kalo tak silap aku filem die yg dh brtahun dulu last kuar adalah Pemburu Emas Yamashita kot..huhu lama tuuu.

So, aku agak kebosanan di sini sebab adik ku si Ojan takda, kalau tak ade juga projek gila-gila yang aku boleh buat dgn dia..takpelah lagi pun x mau ganggu dia sebab dia tegah pulun exam week sekarang. Cik abang aku pula kejap muncul kejap hilang sebab busy pula jadi cameraman, dah sekarang kemane2 tergantung aje dslr kat leher dia. Aduhh.. takpelah asalkan dia happy aku lagi happy. So, far ok jugak jualan hari pertama and banyak juga fans yang datang jumpa Dj Lin kat sini..dan aku senyum gembira tengok muka-muka diorang yang happy dapat jumpa,salam dan bergambar dengan Dj Lin. So..apa perlu aku buat?? update blog je lah sambil tadah telinga dengar lagu2 persembahan artis2 Luncai Emas ni dan tunggu tindakan selanjutnya..hmmm



KOmen-Komen :)

Thursday, January 5, 2012

My Graphic Works

I suka sangat buat graphic dan artwork dan minat yang ada ni tak sangka akan menghasilkan job and money. Selain design untuk diri sendiri dan suka-suka, I juga menerima tempahan untuk design banner, bunting, labels, website, blog dan lain-lain. Itu pun berdasarkan masa yang terluang juga tapi demi tak nak menghampakan customer I buat sebaik mungkin. I tak pernah share dalam blog sebelum ni apa-apa yang I dah design. So, starting from today I nak share setiap graphic works yang I buat dan post kat blog ni. Ada yang order from customer, ada yang suka-suka, ada free gift template yang I nak share, ada yang I create especially for DJ Lin Suria Cinta and for the club Fan Dj Lin Cinta Mania, for my school, for teachers such ABBM (Alat Bahan Bantu Mengajar) ..huh banyaknya.. Ok, lets finish this entry, I will share all of them! ;p

Tuesday, January 3, 2012

Tiba2 bau busuk menerjah..

Tengah syok melayan blog ni dan aku kehausan tibe2 menerjah pulak bau busuk kat hidung aku..hah dah lame aku tak bau benda busuk ni dalam umah aku. Ni yang tak suka ni bila ada cicakman yang mati dalam rumah aku..aduh kat mana terselit aku pun tak tau..tak sanggup nak cari tang mana die terselit. Kalo boleh miscall pun mane die terselit tak sanggup handphone aku nak call..

Tapi paling kuat bau ni menerjah saraf hidung aku adalah dalam bilik ibu aku..haa ni konpom die mati terselit dalam bedroom ibu aku tapi aku je tak sanggup nak cari.. Usai aku khabarkan kepada ibuku dan ibuku memang dah tau, dah buang dah pun tapi baunya masih ada ek?? dasyat betul.

Tulah penangannya bau bangkai paling berkuasa dalam dunia iaitu bau bangkai cicak mati..kalo taik plak aku nobatkan anugerah pada taik kucing.. Tapi kata orang bau bangkai yang paling busuk dalam dunia ni adalah bangkai manusia..hmm aku tak pernah bau tapi kata orng mmg kenyataan bau bangkai manusia yang paling BUSUK di dunia..taknak mati busuk..dah Zohor dah pun..jom solat dulu!!


Ape bau yang anda paling tak suka ek??

Monday, January 2, 2012

Apa nak makan hari ni..?

Hari ni kan penyakit MALAS datang menyerang keluarga aku..kenapa aku cakap macam tu? sebab aku ingat aku sorang je pemalas dalam rumah ni hari ni tapi semua dalam rumah aku ni jadi pemalas..contoh situasi: adik aku malas nak amik remote padahal depan dia jer.., adik perempuan aku dari tadi duk bangun dan tido semula, adik no.4 aku dari semalam dia balik ibu aku membebel die tak mandi lagi..busuk!, ibu aku dari semalam duk pikir nak masak ape tapi tak tau lagi sampai hari ni..lame2 die cakap tak payah masak la..ibu penat hari ni...uwaaa apa nak jadi daa..ayah aku?? ayah aku jerrr aku pikir rajin sebab dia gi kebun tapi baru jap tadi jiran aku bagi tau ayah aku dah nak balik sbb ngantuk sangat die tertido kat kebun..apelah, ape pun tak boley..

Perut aku dah berbunyi-bunyi..nasib baik tak bunyi churp2 burung biru nak makan kalo tak payah la.. So, nak tak nak ke dapur jugak same2 kalo tak semua dalam rumah ni pengsan kebulur sebab penyakit malas. So, menu simple sup sayur, bontot ayam goreng KFC (ayat baik sket fried cryspy chicken nose) dan sambal belacan+mangga belakang umah. Amacam kalo lapar terliur aje..






u alls makan ape plak??

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year..2012

Selamat Tahun Baru 2012!! So, you alls sambut new year kat mane?? ika mulanya x da plan nak ke mana2 pun,tapi dah alang2 kat KL ingatkan nak sambut new year kat dataran tapi nak elak jam giler lari lah naik tempat tinggi, So bawaklah keta mendaki Genting Highlands..fuhh ingatkan tenang je kat sini..ribuan orang pulak sambut new year kat Genting..Disebabkan dah sampai ke puncak takkan lah nak turun plak..redah je asalkan Happy..:)


Menjamu selera dulu, ni cik abang saya punya order..chicken chop.







Suasana yang sangat sejuk dan berkabus...nasib baik i pakai tshirt labuh..huhu,ojan kesejukan tapi maintain je.











hehe, ni pula pose menunggu scene bunga api new year yang tak muncul2.. bila tanya encik polis dia cakap kabus tebal..takda bunga api..















Sesaknye dengan kereta,motor dan manusia..bila encik polis dah cakap takda bunga api so kitorang pun decide nak turun dari Genting ni cepat2 takut beratur dalam kereta bila nak turun nanti
Sempat posing dengan Mr.Santa sebelum balik..bye2 Genting dan Happy New Year untuk semua readers blog




Kat mana ek korang sambut New Year?