Saturday, January 14, 2012

Jalan-jalan Azura Movie Promo Tour

Cuti hujung minggu 14-15hb Januari adalah planning yang kelam kabut je dek kerana cik abang ku bagi tau last minit nak hantar t-shirt fanclub ke Plaza Angsana JB. So, disebabkan cik abang tak bawak kereta jadi aku lah yang kena menjemputnya di Banting. Dahla aku gerak agak lewat sebab paham-paham je lah orang perempuan nak siap itu ini dan aku ni plak blur kalo dapat 'tugasan' add hoc macam ni. (Sure, aku tak boleh masuk explorace kan??? )

So, sampainya aku di sana cik abang aku dah siap packing dan kami bergegas ke Plaza Angsana JB. Actually sedang berlangsung kat sana satu event iaitu Azura Movie Promo Tour. Filem ni akan kuar kat pawagam pada bulan Februari nanti. So, Suria FM merupakan radio rasmi untuk promote filem ni. Filem ni adalah arahan abang Aziz M.Osman. Hmm dah lama kan tak kuar filem baru arahan dia..kalo tak silap aku filem die yg dh brtahun dulu last kuar adalah Pemburu Emas Yamashita kot..huhu lama tuuu.

So, aku agak kebosanan di sini sebab adik ku si Ojan takda, kalau tak ade juga projek gila-gila yang aku boleh buat dgn dia..takpelah lagi pun x mau ganggu dia sebab dia tegah pulun exam week sekarang. Cik abang aku pula kejap muncul kejap hilang sebab busy pula jadi cameraman, dah sekarang kemane2 tergantung aje dslr kat leher dia. Aduhh.. takpelah asalkan dia happy aku lagi happy. So, far ok jugak jualan hari pertama and banyak juga fans yang datang jumpa Dj Lin kat sini..dan aku senyum gembira tengok muka-muka diorang yang happy dapat jumpa,salam dan bergambar dengan Dj Lin. So..apa perlu aku buat?? update blog je lah sambil tadah telinga dengar lagu2 persembahan artis2 Luncai Emas ni dan tunggu tindakan selanjutnya..hmmm



KOmen-Komen :)