Yang ni pula lagi menyakitkan mata,sakit mata + serabut kepala otak dibuatnye

Namun, walaupun dikatakan terapi ianya tetap salah jika si pelukis atau artis graffiti melukis di tempat yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi jika ada lukisan yang berunsur lucah dan perkataan mencarut yang tidak patut ditonjolkan. Oleh itu, satu medium atau langkah bijak telah diambil oleh pihak tertentu dan kerajaan dengan menganjurkan pertandingan kepada para artis graffiti.
Seni graffiti juga telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record dengan Lukisan Graffiti Terpanjang di sepanjang Sungai Klang sekaligus mengindahkan Kuala Lumpur.
Gambar di atas dari sumber MStar Online
Tahun 2012 membuka peluang lagi kepada artis-artis graffiti untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam Festival KulSign 2012 dimana festival ini tertangguh dulu pada tahun lepas kerana keadaan cuaca.
Festival ini akan berlangsung selama 2 hari bertempat di stesen LRT Pasar Seni Kuala Lumpur pada 25 dan 26hb Februari 2012. So,good luck pada semua artis graffiti tanah air,lahirkan dan ekspressikan seni graffiti anda dengan kreatif. Moga lukisan ini akan lebih mewarnai Kuala Lumpur.
Rasa macam nak tengok je nanti pada hujung minggu ni..;p