Monday, February 27, 2012

Makan2 sambil bersantai di River Cruise Melaka Kg.Jawa

Hari ni best sangat coz berjalan-jalan dengan ibu ayah shopping2 last sebelum pegi kursus panjang di UTHM 2 hari lagi. Yueen bukan main seronok lagi dapat kuar jalan2 dgn atuk n nenek dia.. Mana taknya..penat jalan, tido kat bahu mama dia, pastu lapar plak nenek suapkan porridge, yang paling dia suka bila tengok cruise yang lalu..she like to see the splashing water..huhu yueen yang comei. Kepenatan bershopping di Jusco Ayer Keroh kitorang ke Kampung Jawa untuk pekena sate dan rojak mee yang best kat sana. This stall just oldies je tapi dah bertukar ke venue baru di tepi sungai Melaka..tu yang boleh yueen tengok cruise lalu tu. Mood pun agak tenang je duk makan kat sini. Tapi kena bersabar sikitlah sebab masyaAllah punya ramai orang..so tak heran kalo banyak customer yang datang dan terpaksa balik sebab takda tempat duduk. Alhamdulillah hajat nak makan kat sini kesampaian jugak coz sampai2 je kat sini ada meja dan seat kosong untuk kitorang duduk just nice for 4 of us including yueen yang dapat kerusi empuk dipangku mama ,atuk and nenek dia.
This is my mom a.k.a grandma yueen..awet muda kan??
duduk2 je yueen dapat 'order' dia dulu.. best porridge fresh from grandma pot
nyum nyum..yueen so hungry today mama...hehe
i plak suka amik scene2 bila g cuti2 malaysia ni..so inilah pemandangan sepanjang river cruise di Melaka..cantik kan lukisan-lukisan kat wall tu? banyak tau foreigners yang shoot gambar dan terpegun dengan Melaka..ada juga yang lambai2 kat kitorang sambil naik cruise..best2
boleh naik cruise dari sini..turun pun boleh dan korang terus singgah kedai makan ni..brother2 dan uncle yang bawak cruise pun sempat lagi order air dan makanan dari kedai ni coz restoran ni betul2 letaknya kat tepi sungai. Haa bridge yang kat belakang tu adalah jambatan Kg.Jawa..
Rojak Mee Kg. Jawa memang kesukaan my mom..so ni my mom punya order..
ayah i yang dah memang nampak bebenor laparnye..bismillah terus ngap..ayah i pun order rojak mee jugak..just like my mom..
mee rebus Kg.Jawa pilihan mama yueen..hehe
sorii..macam tertinggal satu gambar je..sate Kg.Jawa i lupa nak snap..dah habis..tinggal lidi jer.. ;p

Saturday, February 25, 2012

Bisakah....

"Bisakah yang BENCI di SAYANGI
Bisakah yang DUSTA di MAAFI
Bisakah TERBUKA KALBU...??"

Bisakah.....

I'm sharing with all of you BISAKAH official music video best of song by Datuk Siti Nurhaliza

RINDU MEMAKSAKU MENYAYANGIMU...

This is one of my favorite song cause i love so much Francisca Peter. Dan yang paling penting lagu ni express my feeling right now..Miss u so much but it is hurt..

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora

Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

[ Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu lyrics found on http://lyrics.my ] Thanks Lyrics.my

Berdiri Seorang Perindu

Hari ni rasa nak dengar lagu yang sentimental dan nak melayan perasaan sekarang, tak tahulah kenapa, mungkin den sunyi kot tapi tak siapa yang memahami..
Parts of this song yang i rasa nak share ......

" Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
berdiri aku sebagai PERINDU
meskipun JIWA KU SEDIH
terasa bagai DIHIRIS
namun ku TERSENYUM SELALU
Ku sentiasa BERI KESEMPATAN
semoga ADA RUANG KEMESRAAN.."

Ya, KESEMPATAN yang aku beri semoga ADANYA RUANG KEMESRAAN..WALAUPUN HATIKU SEDIH BAGAI DIHIRIS..biarlah aku yang TERLUKA kerana ingin MEMBAHAGIAKANMU dan aku yakin akan ADA PENAWARNYA..suatu hari nanti yang TAK PASTI..

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Omak Den

Pagi tadi my mom buat breakfast special maklumlah semua adik beradik i balik and ada di rumah memandangkan i akan berhijrah ke Johor tak lama lagi. Memang tradisi family i kalo semuanya ada dan berkumpul sure ada 'makan besar'.

Special breakfast yang i maksudkan kat title entry hari ni adalah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah original from resepi omak den. So, ni i nak sharing bahan-bahannya mengikut sukatan family i, 7 orang sekeluarga

Nasi:
1. Beras 3 pot
2. Santan 1/2 kotak (menggunakan santan ayam brand tadi tapi tak kisah brand ape pun)
3. Halia sederhana besar (sebuku sedang)
4.Garam secukup rasa

I bet u alls tahu kan cara nak masak nasi,masukkan semua bahan tadi dan tambah air ikut sukatan beras anda

Sambal Ikan Bilis
1.Ikan bilis digoreng garing dan rangup terlebih dahulu
2. Buat sambalnya pula; cili kering+bawang putih+bawang besar+ =siap blender semangkuk
3. Jangan campur terus sambal yang masih panas ke ikan bilis, nanti ikan bilis dah tak rangup lagi..sebab family i suka makan sambal ikan bilis yang still crunchy
 +
Telur Rebus
1. Rebus telur ayam (tahu kan nak rebus?)

Ayam Goreng Berempah
1. Tadi my mom amik part drumstick,wings,chest dan bahagian2 isi
2. Parts of chicken tadi perap dengan rempah kari,kiub ayam seketul,bawang putih dan halia yang ditumbuk halus secukup rasa.
3. Gaul sebati dan perap selama 10 minit
4.Digoreng 'deep fry'

Sedia untuk DIMAKAN..nyum nyum


Terima kasih ibu, love you so much

Friday, February 24, 2012

Review Adnan Sempit 2

Semalam menghabiskan masa bersama tersayang pegi tengok wayang cerita si Adnan Sempit 2. Sebelum keluar movie kedua ni we all dah pegi tengok Adnan Sempit yang pertama. Sequel yang kedua ni sangat best,bolehla diberikan rating 4 (result review dari i lah). 

So, u alls mesti dah tau siapa pelakon utama Adnan Sempit iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana,Along Raja Lawak, Yana Samsudin, Angah dan Shuk. For the 2nd movie ni mengisahkan Adnan bersama 'mama'nya si Nadia yang berusaha men'transformkan' diri sebagai syarat perkahwinan yang diberi oleh bapa Nadia iaitu Dato Isnin. Dato Isnin meletakkan syarat bahawa Adnan perlu mengubah dirinya menjadi setaraf  untuk digandingkan dengan anaknya Nadia. Dalam masa 30 hari Adnan perlu menukar imejnya seperti seorang ahli korporat,pandai berbahasa Inggeris, pandai bermain golf dan pandai membawa kereta. Manakala Nadia pula menerima syarat dari ibunya  untuk sedia berubah dan belajar menjadi seorang isteri mithali. Nadia perlu memasak,mengemas dan membuat kerja-kerja rumah, tentulah teramat susah bagi seorang anak Dato macam Nadia yang perlu membuat kerja-kerja seorang isteri! 

Adnan berusaha bersungguh-sungguh memenuhi syarat Dato' Isnin dibantu oleh best friend forever nya Along Raja Lawak iaitu Bobby (tapi semua bantuan si Along ni hampeh belaka,korang tengok je lah nanti ya).Adnan baca kamus dan baca buku tadika Bahasa Inggeris,berlatih main golf dengan menggunakan kayu hoki dan bola sepak kecik , tukar imej dengan pakai suit kemeja dan kot tapi bawa motor la plak, dan belajar bawa kereta berSIFUkan Angah Raja Lawak..So funny untuk setiap babak. 

Pada masa yang sama Dato Isnin bersama anak buahnya iaitu sepupu Nadia lakonan Shuk Kumpulan Balas Raja Lawak mengatur rancangan untuk merosakkan hubungan Adnan dan Nadia. 

Wehoo..rasanya sampai situ je i story mory nanti tak surprise pulak bile u alls tengok movie ni nanti.. Kalo bosan dan kesedihan bolehlah tengok filem aksi komedi ni di cinema ya..

Meriahnya MELAKA hujung minggu ini..

Bermula 24-26hb Februari 2012 ada pelbagai aktiviti,acara, dan event berlangsung di Melaka. Hari ini juga,Jumaat ada lawatan rasmi YAB Perdana Menteri kita Dato' Seri Mohd Najib ke Melaka. Lawatan rasmi selama sehari Perdana Menteri ke Melaka akan merasmikan Taman Seri Manggis iaitu taman rumah mesra rakyat pattern baru di negeri ini. Taman ini terletak berhampiran dengan felda tempat i tinggal, so secara tak langsung jawatankuasa felda i, JKKK kampung dan segala orang-orang penting memang busy nak menyambut ketibaan Perdana Menteri hari ni. Segala jalan dari Melaka ke arah kampung i ni memang berderet bunting  selamat datang juga pokok-pokok bunga baru yang i sendiri tak tau bila tumbuhnya sebab tak pernah nampak plak sebelum ni...so Selamat datang Dato' ke Melaka!.

Semalam jalan-jalan di sekitar MITC pula lain plak eventnya, ada Karnival Sukan X-treme yang sedang berlangsung di Planetarium Melaka
Tapi i tak taulah pula rupa sukan yang macam mana, agaknya yang panjat-panjat dinding, bungee jumping tu semua lah kot,paintball ke..sebab semalam baru nampak nak set up boothnya..if i pegi jalan-jalan area situ nanti, i pergi skodeng ya.

Berdekatan dengan Planetarium Melaka tu juga berlangsungnya karnival PC Fair MITC Melaka bertempat di MITC hall. Ada banyak booth jualan,tau je lah kalau PC Fair sure jual pelbagai barangan digital. So, pada sape yang nak dapatkan tablet,i-pad,phone baru,laptop,printer,portable hard disk dengan harga berpatutan bolehlah ke PC Fair MITC Melaka..

Melaka tentunya bertambah jam,meriah,dan busy dengan karnival besar-besaran tak lain tak bukan karnival TV3 JomHeboh.. Kali ni Jom Heboh TV3 akan berkampung di MITC Melaka juga berdekatan dengan MITC hall..wah keluar je dari pintu karnival PC Fair tu dah masuk ke pintu Karnival Jom Heboh plak..Tapi,Jom Heboh akan start pada 25-26hb Februari,Sabtu dan Ahad ini..

Hah, tengok pada poster tu ada bermacam aktiviti kan, dan ada banyak sangat booth jualan yang akan dibuka di karnival-karnival yang sedang dan akan berlangsung di MITC Melaka pada hujung minggu ini. So, MITC dah jadi one stop karnival pula kat sini..semua dalam satu,pilih saje nak ke karnival mana atau nak ke semua yang ada. Sediakan duit sahaja atau window shopping..tapi sure rambang mata dan tergoda nafsu tengok macam-macam yang dijual kan?? 

Pada yang datang dari luar Melaka dan ingin menghabiskan cuti hujung minggu anda di Melaka,selamat memandu i ucapkan dan bawa banyak-banyak lah bersabar ya sebab keluar je dari tol Ayer Keroh tu i bet jalan mesti jam punya..

huhu, i tak mau susur keluar ikut jalan tu

Thursday, February 23, 2012

Pertandingan Fotografi KulSign 2012

Bersempena KulSign 2012 pada 25 & 26 feb 2012 yang betempat di Central Market, Kuala Lumpur, satu pertandingan fotografi akan dianjurkan dengan kerjasama PENTAX Malaysia dan Chot Touch. Butiran adalah seperti berikut:

Kategori yang dipertandingkan:

(1) Graffiti moments – Gambar yg ada moment yg menarik ber berlatarbelakangkan 'graffiti'

(2) Pentax moments - Gambar yg ada unsur moment atau 'candid' menarik yg berlatarbelakangkan suasana acara2 yang dianjurkan pada event Kulsign 2012 tersebut.

Cara-cara penyertaan:

- Peserta yang berminat dikehendaki untuk menghantar 5 gambar yang terpilih untuk setiap kategori yang ingin disertai dalam bentuk soft-copy (menggunakan memory card/ pendrive) kepada pihak penganjur.
- Satu booth khas pertandingan akan disediakan untuk peserta menghantar penyertaan.
- Pihak penganjur akan memasukkan gambar2 yang dihantar oleh setiap peserta mengikut format dengan logo dan watermark penganjur ke album khas di laman facebook page FJM (Fotografi Jalanan Malaysia) pada hari tersebut.

Syarat-syarat pertandingan:

- Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar 1 entry setiap kategori.
- Setiap peserta boleh menyertai maximum 2 kategori.
- Gambar-gambar yang dihantar hendaklah diambil pada tarikh 25 & 26 hb dan di event KulSign2012.
- Gambar yang dihantar hendaklah beserta EXIF Data.
- Pihak penganjur berhak membuat saringan terhadap gambar-gambar yang dihantar sebelum mempamerkan di dalam laman facebook FJM.
- Terbuka untuk semua jenama kamera

Hadiah:

Champion - Pentax RZ 18 (untuk kedua-dua kategori)
1st runner-up - Pentax S1 (untuk kedua-dua kategori)
2nd runner-up - Pentax Rs1500 (untuk kedua-dua kategori)
Best of the Best entry - Pentax Q ( RM2099)

Tarikh tutup pertandingan:

26hb Februari 2012 -- jam 2.00 petang

Penjurian:

Juri profesional akan membuat penilaian gambar-gambar yang dihantar pada 26hb Feb 2012 pada jam 2-4pm.

Acara penyampaian hadiah:

26hb Februari 2012 – 4.30 ptg

Kulsign2012 - https://www.facebook.com/events/127331840713430/

Kredit to: LensaMalaya


Lets join

Pertandingan Graffiti 2012

Morning..Selamat Pagi Malaysia!. Pagi-pagi ni i luangkan masa menonton slot MHI TV3 seawal jam 7 tadi. So,tertarik dengan isu 'pelukis dinding' ni..ala yang buat lukisan dan conteng2 kat dinding tu,kadang2 bawah jambatan,kat tiang flyover, dan macam2 tempat lagi asalkan boleh conteng..
yang ni agak menarik i rasa..tapi sakit mata jugak

Yang ni pula lagi menyakitkan mata,sakit mata + serabut kepala otak dibuatnye
Isu conteng-menconteng dinding ni adalah satu vandalisme yang dianggap serius. Yelah, mana taknya kalo lukisannya yang serabut macam atas tu boleh bagi imej buruk pada negara kita. Tapi pada si pelukis pula, ini adalah hobi bak kata orang 'Lukisan menggambarkan jiwa dan perasaan'. Pandangan pakar pula mengatakan lukisan adalah terapi. Memang benar kerana lukisan boleh menenangkan jiwa dan memberi ilham sama macam kita mendengar soft music.

Namun, walaupun dikatakan terapi ianya tetap salah jika si pelukis atau artis graffiti melukis di tempat yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi jika ada lukisan yang berunsur lucah dan perkataan mencarut yang tidak patut ditonjolkan. Oleh itu, satu medium atau langkah bijak telah diambil oleh pihak tertentu dan kerajaan dengan menganjurkan pertandingan kepada para artis graffiti.

Seni graffiti juga telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record dengan Lukisan Graffiti Terpanjang di sepanjang Sungai Klang sekaligus mengindahkan Kuala Lumpur.

Gambar di atas dari sumber MStar Online

Tahun 2012 membuka peluang lagi kepada artis-artis graffiti untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam Festival KulSign 2012 dimana festival ini tertangguh dulu pada tahun lepas kerana keadaan cuaca.

Festival ini akan berlangsung selama 2 hari bertempat di stesen LRT Pasar Seni Kuala Lumpur pada 25 dan 26hb Februari 2012. So,good luck pada semua artis graffiti tanah air,lahirkan dan ekspressikan seni graffiti anda dengan kreatif. Moga lukisan ini akan lebih mewarnai Kuala Lumpur.

Rasa macam nak tengok je nanti pada hujung minggu ni..;p

Wednesday, February 22, 2012

Pencarian Pasangan GLAMOR BioEssence and Nugeno Men

Hai..pada yang suka photoshoot tu mesti suka dengan entry ni sebab ada contest dari BioEssence dan Nugeno Men untuk Pencarian Pasangan Glamor 2012. Contest ni start from 15th January until 15th March 2012. so, masih ada masa lagi untuk u alls prepare and shoot+edit vouge gambar2 korang.

Hadiahnye juga sangat menarik iaitu percutian 4 hari 3 malam ke Bali Indonesia untuk 2 orang dan wang tunai RM2000, wah bertuahnya sape yang menang,dahla dapat melancong + dapat duit belanja lagi..ok, tu hadiah untuk pasangan glamor. ada juga hadiah untuk pasangan yang kureng glamor tapi still glamor jugak sebab pasangan ni adalah top ten finalis yang tepilih untuk berpeluang beramah mesra dengan Top Pasangan Glamor iaitu Scha Alyahya dan Awal Ashaari..Top 10 finalis ni akan menerima jemputan ke Parti Pasangan Glamor BioEssence Nugeno dan akan menerima hamper produk BioEssence and Nugeno bernilai RM500 untuk setiap pasangan.

Title event pun dah glamor kan?? so jika anda berjaya ke top 10 pun dah tentu glamor, manelah tau tersangkut plak jadi cover majalah, dah tentu ade banyak shoot2 press kat sane nanti..tul tak?

Ok, mcm mane nak masuk contest ni?? ni ika share dengan korang poster contest ni dan maklumat lanjut boleh juga layari web BioEssence



Jom join contest

Tuesday, February 21, 2012

The Devil Inside...Nuffnang Sharing

Thanks to Nuffnang and United International Pictures for giving opportunity to win a pair of tickets to watch the horror movie i bet for this year, THE DEVIL INSIDE..
So, as usual how to win this exclusive ticket?? of course la u alls kena bagi komen yang paling creative di blog Nuffnang... dan untuk mengomen haruslah u alls register akaun di Nuffnang. So, apa salahnya jika mencuba kan..tak rugi pun,dapat free premiere ticket lagi tu, orang lain belum menjerit2 gaban lagi kat wayang yang korang yang berjaya tu dah terpekik dulu..kan best tu, eksklusif sangat!!..

So,here i share sikit sinopsis movie berhantu ni taken from Nuffnang Blog.. waa..tengok movie poster kat bawah ni je dah takut (kalo menang tiket kena pk 2-3 kali gak nak tengok ni..)


Synopsis:
In 1989, emergency responders received a 9-1-1 call from Maria Rossi (Suzan Crowley) confessing that she had brutally killed three people. 20 years later, her daughter Isabella (Fernanda Andrade) seeks to understand the truth about what happened that night. She travels to the Centrino Hospital for the Criminally Insane in Italy where her mother has been locked away to determine if her mother is mentally ill or demonically possessed.

When she recruits two young exorcists (Simon Quarterman and Evan Helmuth) to cure her mom using unconventional methods combining both science and religion, they come face-to-face with pure evil in the form of four powerful demons possessing Maria.

Many have been possessed by one; only one has been possessed by many.

so, premiere screen movie ni akan ditayangkan di GSC Mid Valley jam 9:00 pm pada 28th February 2012 ni.. (untungla pada yang duk kat KL tu). So orang2 KL nak menang??
Ape lagi komen je kat diorang..bagi tau diorang dengan jawab soalan ni "how you would exorcise a devil in your own way", ha jawab sekreatif yang boleh eh..yang penting jangan ditiru komen gue..ayat mau sendiri punye bukan ciplak..Ape Celop..?? hehe. (dateline 23rd feb 2012)

this video below adalah trailer THE DEVIL INSIDE taken from YouTube,watch it..(4,988,920 when i embed this video to my blog)



ade juga screen cap yang korang boleh tengok di blog Nuffnang, but i malas nak tepek kat sini, x mau blog i berhantu plak..haha.

My komen for this movie related to Nuffnang contest; "if i could,this is how i exorcise the devil by calling doraemon to knock it with special weapon and ask doraemon to take out the Pintu Suka Hati,then i can travel to another world that has no more devil and no Giant too.." ;p

your comment please..

Bengang takda air

Hari ni awal pagi dah bangun gi basuh keta dengan begitu bersemangat lagi..sental punye sental siap sudah..+ vacuum sekali. Pastu rehat dan lepak kat verandah depan rumah sambil menghirup udara segar,angin plak sepoi2 bahasa,sejuk je..dan mata mula lah nak jadi berat tambah2 lagi bile dah penat exercise tadi basuh my persona..

takboleh jadi layan mata ni,bersiap nak pegi bersiram sebab jap lagi nak kuar shopping beli barang untuk masuk kursus 29/2 ni..so macam2 persiapan belum buat lagi dek kerana penyakit M.A.L.A.S..

Hati ni mula mendidih dan geram plak bile bersemangat nak mandi dan segarkan badan, air plak takda..napelah?? cik abang kata ok lagi kalo sekarang x da air..kalo tadi tengah basuh kereta air takda mcm mane?? huhu..betul juga kata die..

So,sekarang kereta sudah wangi tapi aku bucuk lagi..x nak mandi air kolam sebab nak air shower jugak..


this is my beloved Persona taking sunbath after shower in the morning..almost take 3hours to settle everything..kalo i buka carwash basuh keta sebijik dekat 3 jam memang 3 hari je buka kedai pastu bankrup..haha

uwaaa..bile nak ade air ni?? dah azan Zohor dah ni..G.E.R.A.M nye!!


Monday, February 20, 2012

My Cute Baby Yueen

Yueen dressed up today with crochet cover her head..so cute. Sedey nak meninggalkan my baby 29/2 ni yang mana genap die 8 bulan..now she keep smiling and laughing..oh my god,how can I face this alone in JB,stay distant away without my baby..hugs and kisses her almost every hour before the day come..


Sepi seorang perindu..(tak lama lagi)

Sunday, February 19, 2012

Love U Like a LOVE SONG

"Love You Like A Love Song"

[Verse 1]
It's been said and done
Every beautiful thought's been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with the best of 'em
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A sinful, miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

[Verse 2]
Constantly, boy you played through my mind like a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are... And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a (love song baby) love song, baby
I, I love you like a (love song baby) love song, baby
I, I love you (I love you, I love you) like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat (like a love song)

[Bridge]
No one compares
You stand alone, to every record I own
Music to my heart that's what you are
A song that goes on and on

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

I love you...like a love song...
Salah satu lagu english version yang meletop-letop sekarang,asal aku masuk keta je sah lagu ni ada esp kalo on Hitz, cube nyanyi sorang2 ikut lirik kat atas tu tanpa music, cam haram je bunyi..(haha, aku gelakkan diri aku)..enjoy Selena Gomez walaupun adik aku benci die sebab rampas Justin Bieber die..haaa, ade aku kesah??

109,512,953 views when i embed this video to my blog..


Suke tak lagu ni??

Saturday, February 18, 2012

My Paco Rabanne

Hai..hari ni i nak share one of my lovely perfume and the most favorite which is Paco Rabanne..
sape peminat dan pengguna paco rabanne?? Kalo ade korang mesti sukakan bau dan design botolnya yang nampak mewah dan elegan like a gold and diamond shape..

So, i ada jual perfume ni. U alls boleh beli bersama set atau perfume sahaja dengan harga berpatutan. Kalo market luar harganya mencecah RM400 tapi kalo beli dengan i cuma RM90 je untuk perfume paco rabanne lady 1million 90 ml ni..

here, i attach sekali gambar perfume ni yang dah lame i gune sejak 4 months yang lalu tapi x habis2 sebab perfume ni sangat jimat, just semburan sedikit sahaja dah semerbak dan bau tahan lama..






Wednesday, February 15, 2012

Kembalinya ke Rahmatullah..

Setiap yang bernyawa pasti akan mati..begitu jua perginya makhluk Allah bernama manusia kembali menghadap PenciptaNya yang Maha Agung. Tanggal 13hb Disember 2012 perginya seorang lagi ibu saudaraku..Rohaiyah Ismail. Panggilannya Mak Jang dalam kalangan anak buah.
Pemergiannya ditangisi anak menantu,cucu, dan saudara mara.

Apa yang aku hanya boleh katakan semuanya tanpa kusangka namun hati ini dan hati yang lain redha dengan ketentuan Allah..kiranya ini yang terbaik dikehendakiNya biarlah dia pergi buat selamanya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan sesuatu yang Dia kehendaki..

'Tidurlah' Mak Jang..moga rohmu tenang disana..al-Fatihah


*this photo is taken from Fara Yikin's Blog "the Rythm of My Life"...thnks fara for sharing this memorial pic..

Sunday, February 12, 2012

Kebocoran Tayar

guys sure tau ape pomen kat atas tu buat dengan tayar gue..actually,my sis yang ngadu tayar die cam bocor je dan kurang angin, bile pam masih same gak..aleh2 tayar keta i plak yang bocor,
Alhamdulillah ade cik abang yang tau serba serbi..tuan empunya keta ni plak tengah demam berapa hari dah tak bangun,then my mr.right datang at the right moment..kesian,dari nak melawat diriku yang demam terpaksa 'merawat' juga tayar keretaku..takpelah..tayar keta dia jugak nanti...;p.

ok,ni ujian rendaman tayar untuk uji kebocoran(kata adik aku yg membawa perkhabaran sebaik je die dah balik..), dan kata pomen keta ni plak yang tayar keta i mengalami kebocoran tepi..huhu, perkara ni jarang2 terjadi katanya..dan bila ditanya padaku, ape yang aku langgar,dah tentulah tak tau ape..maybe lubang kot..(korang rase ape?)

mahal juga kedai tyre kat alor gajah ni..(lokasi kat taman melaka perdana,dekat dengan IPD alor gajah)..tampal tayar ni aje dah mintak 20 ringgit..kata cik abangku,dah tak payah lagi datang kedai ni..hmm kan dah kurang satu customer..


ni pulak cik abang tengah tengok pomen kedai tu cek kereta my sis yang 'kononnya' mengalami kebocoran tapi telah disahkan tiada ape2.. cume perasaan adik aku je yang terlebih perasan. Takpelah,sesekali kena juga cek kan,tayar2 ni amatlah penting..takda tayar x bergeraklah keta tu.

so, begitulah alkisah 12/2/2012..hari penuh hikmah,aku demam belum kebah,tayar bocorlah sudah,nasib baik ade cik abang yang tolong selesaikan masalah..



*psst,selalu berdoa x hadapi benda2 melibatkan keta ni sorang2 tepi jalan, haram tak tau ape2..

Wednesday, February 8, 2012

Join Celestial Movies

Join Celestial Movies #DontGoBreakingMyHeart contest and win HK trip, Samsung Tab or vouchers!


Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?

Celestial Movies is Asia’s top channel for exclusive TV premieres of the latest Hong Kong blockbusters and Asian movies. Starring Louis Koo & Daniel Wu, you’re sure to get addicted to this romantic and charming love triangle, and in conjunction with the hit Kong Kong romantic movie ‘Don’t Go Breaking My Heart’, Celestial Movies want to send YOU to Hong Kong!

All you have to do is answer 1 of two simple questions and write a short explanation on their Facebook page: Which one of the guys would you pick to marry? OR Which one of the guys would you prefer to be?

The winning answer will win a trip to Hong Kong for 2 inclusive of accommodation and a tour to some of the shooting locations from the movie! Other finalist prizes up for grabs include Samsung GALAXY Tab 10.1 and Carrefour vouchers. Not only that, the winner and finalists will even be featured on Celestial Movies!

Pada peminat cerita romantik Hong Kong, esp peminat Louis Koo dan Daniel Wu,jangan lepaskan peluang untuk memenangi percutian ke Hong Kong dan melawat tempat2 menarik di Hong Kong seperti lokasi shooting filem ini, selain berpeluang juga menang Samsung Galaxy Tab 10.1 dan voucher Carrefour dengan hanya menjawab 1 dari 2 soalan mudah; Yang mana satu jejaka pilihan untuk anda kahwini? atau Yang mana satu jejaka pilihan hati anda?

Saturday, February 4, 2012

February Special Valentine SALE


Sepanjang bulan Februari ni , Zulaikha Shoppe akan buat SALE perfume harga meletops. Untuk semua jenis perfume bagi tiap sebotol harga SALE adalah RM90 termasuk harga postage. Dan bagi perfume Gift Set pula harga SALE adalah RM110 termasuk harga postage. Anda juga akan menerima free vial perfume bagi setiap belian..So, jika anda mahu berikan hadiah buat yang tersayang pada bulan Februari yang special ni bolehla hadiahkan perfume kepada si dia.. Wangian yang harum pasti membuatkan pemberian anda sangat dihargai dan anda juga pasti suka pabila si dia gembira.

Yok, jom dapatkan perfume berkualiti tinggi hanya dari Zulaikha Shoppe. Nak view dan lihat perfume2 yang ada sila klik link berikut:




Sila abaikan harga yang tertera pada page tersebut kerana harga terkini adalah harga February Special SALE..




Pertanyaan sila kemukakan di sini..

Digi Fandroid Day

Sape2 yang ade handphone android tu mesti suke dengan entry gue hari ni lebih2 lagi bloggers yang suka masuk2 contest tu..ok, back to the point, Digi akan mengadakan satu bengkel yang dikenali sebagai Digi Fandroid Day dimana korang yang bertuah menyertai Fandroid Day ni akan diberi peluang untuk mencuba,lihat sendiri,download aplikasi dan ape2 je lah korang nak tahu pasal android terbaru esp Ice Cream sandwich OS ni semuanya dalam workshop ni collaboration antara Digi dan Android.

Haa tapi offer ni hanya boleh diterima sekiranya anda terpilih..(ko ingat senang2 je ble dapat..huhu)..ape yang korang perlu buat adalah:

- buat satu blog post dengan tajuknya DG smart Plan and my Android Phone
- dalam post korang tu bagi tau Android phone mane yang korang paling suka guna/berangan nak guna. Korang tengok ape Android phone yang ade dalam website Digi
- habaq mai kat depa kenapa Android phone yang anda berkenan tu lagi bertambah canggih dan meletops dengan DG Smart Plan
-Dan akhir sekali jangan lupa tepek salah satu gambar en.android dan en.digi kat bawah tu kat blog anda



tu baru satu assignment..ade lagi satu assignment untuk bonus round pulak tapi kena buat di entry yang berasingan..hadiah bonus round ni lumayan tau..hah baca lagi kat bawah tu

untuk bonus round pulak korang kena :
-rekod video korang yang kiut miut tu menggunakan aplikasi Android se 'kreatif' yang boleh dan tunjukkan aplikasi ape yang korang gune dalam video tersebut dengan jelas..contohnya anda gune Google translate sebab tak paham ape pelancong omputih cakap bile tanya direction kat anda..(huhu,aku dh jadi director plak..), end of video tu plak mestilah disudahi dengan ayat "checkout Android devices with DG smart plan".
(ayat yang tu pandai2 lah korang edit video korang ikut kreativiti)
-upload video yang korang dah buat ke Youtube dan jangan lupa masukkan keyword, Digi smart Plan, Digi Android, digi Internet smartphone..atau ape2lah yang ada kena mengena dengan Digi
-letak title video anda dimulakan dengan "Digi Android"
-dah upload embed lah kat blog post
-hantar link tersebut..haa yang ni nak submit kena join Nuffnang eh..
maklumat penuh mengenai Fandroid day ni bleh tengok kat bawah ni..

huhu..i just spread the words je..nak masuk aku takda plak android phone..ade symbian smartphone je..nak beli android kenalah tunggu dapat duit dari Nuffnang..(ntah bile plak,hahah)

cepat join contest ni pada mereka yg ada android,cepat2.. nanti kalo menang bleh dapat tiket gi Fandroid Day dan kalo video anda meletops akan ditayangkan plak waktu Fandroid Day tu..pemenang video tercantik akan dapat Samsung Galaxy SII..wah bertuah badan!.

Haha, kalo korang tak paham ape yang aku membebel ni..tengok link Nuffnang yang aku bagi ni..
Thanks Nuffnang...


Sape2 yang bertuah tu,kalo dah dapat..bagi tau :)

Jom join Samsung Evangelist..

Jika anda pengguna barangan Samsung especially handphone/smartphone/ maupun tablet samsung galaxy tab yang famous tu..jom jadi salah seorang 'angel' Samsung.. Anda akan mendapat up to date information tentang produk Samsung dan pelbagai offer serta contest menarik dari mereka yang pasti tak merugikan anda..so ape lagi..start join this brand-spanking new Evangelist now!! Nak tau macam mane nak join evangelist ni jom klik link ni WELCOME SAMSUNG!!

Jom join NuffNang..
Sedang mencalonkan diri dalam contest Samsung :)

Thursday, February 2, 2012

Louis Armstrong - Lagu Berus Gigi

Haha..tengah layan Youtube..dan aku ketawa sakan bile tengok video ni..Pernah kuar kat TV3 selepas Buletin Utama 3 minggu lepas,dan kat melodi jugak..lawak giler dan tabik spring kat sape yg edit video ni,same plak tu miming mulut ngan suara..so enjoy supaya korang happy jugak macam saya..:)



korang ketawa tak?? kalo tak..means i tak berjaya ler buat korang happy

Wednesday, February 1, 2012

Mee Goreng Mamak Kampung Jawa..

Kampung Jawa terkenal kat Melaka sebagai tempat 'lama' atau tempat 'otai'. Tempat ni dah lama wujud kat tengah2 bandar melaka sebagai tempat shopping ala2 old town gitu.. Jalannya sentiasa sesak dengan kenderaan pastu sehala plak tu..banyak deretan kedai sepanjang jalan,ada kedai baju, kedai makan (paling banyak kedai mamak), kedai barang2 keperluan yang rata-ratanya diusahakan oleh peniaga secara turun temurun..

So, entry kali ni nak share dengan korang mee goreng mamak kampung jawa yang sejak aku kecik lagi ayah aku dah bawak aku jalan2 dan makan kat sini. Pendek kata kalo ke bandar melaka tu, ni tempat wajib singgah la.. Tak sangka plak aku dan tunangku sama jugak..sejak dari kecik selalu dibawa ke sini..so kalo kitorang kuar dan tak tau nak makan katne bila ketandusan idea,kitorang akan datang ke sini. Hehe, agaknye akan datang bila dah kawin nanti bawak pulak anak makan kat sini..Kedai nye biasa je tepi jalan, meja dan kerusi pun tak banyak..tetap sama macam dulu..tapi orang ramai je..kalo korang nampak ade meja kosong tu cepat2 la duduk..kalo takde blah je lah..

So, hari ni aku kuar jalan2 ke bandar melaka dan singgah makan kat sini. So,kitorang pesan 2 pinggan mee goreng mamak +ayam, pastu bungkus bawa balik 2 plastik mee rebus dan rojak untuk family mertua dan family aku..

ok,nanti kalo ke bandar melaka tu try lah singgah2 ke kampung jawa eh..macam2 ada bukan setakat makanan je, actually ade satu kedai makan lagi kat area sini yang marvelous jugak..tapi nanti entry akan datang i share dengan u alls eh..


anda pernah ke Kampung Jawa Melaka??