Tuesday, January 13, 2009

sedapnye kuih dadar ni!!!




seperti yang saya janjikan.. ni resepi kuih gulung @ ketayap @ dadar @ yang seangkatan dengannya..
kuih ni ade dua bab macam kuih donut tu juga.. dua bab yang saya maksudkan tu:
bab 1 = sediakan inti nye
bab2 = kulit

ok mula dengan bab 1 dulu ya:

2 biji kelapa tua yg telah dimesin ( yg sesuai untuk di buat inti)
untuk kelapa yang dah dimesin ni, ambil isi kelapa yang putih je
500 g gula merah/perang yang cantik dan bersih
2 senduk gula pasir
1. masukkan semua bahan di atas dalam kuali2. masak sehingga gulanya kering ( api yang sederhana)3. masukkan inti dalam bekas dan biarkan ia sejuk

ok, turn to chapter 2 :

4 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 camca teh garam halus
1 sudu pewarna( ikut suka nak warna apa, tapi pakar mengesyorkan jenama STAR brand)
1 jag air masak ( saiz sederhana)
1. gaul tepung + telur + garam
ni petua menggaul dari ibu saya, mula-mula masukkan garam dalam bekas, pecahkan telur dan gaul telur dan garam hingga garam larut. Ambil tepung secawan dan gaul bersama air sikit demi sikit then ambil lagi secawan tepung dan gaul lagi dengan air. Buat hingga 4 cawan tepung dan guna air yang berbaki untuk cairkan tepung. Last sekali isi pewarna pilihan anda
2. panaskan kuali guna api yang sederhana
3. tuangkan minyak yang bersih dalam mangkuk
untuk minyak ni anda kena guna sedikit sahaja, ambil 2-3 helai daun pandan dan gunakan daun pandan tu untuk sapu minyak dalam kuali
4. masukkan 1 senduk adunan yang telah dibancuh dalam kuali dan golek kuali tersebut seperti anda membuat telur dadar
5. pastikan kulit kuih anda berbentuk bulat yang cantik
6. kulit ni sekejap sahaja dah masak, then boleh angkat dari kuali dan isi dalam piring
7. gulung kulit bersama inti

nasihat pakar:

selesai buat 1 kulit terus gulung dengan inti, then baru masak 1 kulit lagi dan gulung dengan inti. Kiranya waktu gulung kulit dengan inti, kulit masih panas tapi pastikan inti anda sejuk ( tapi janganlah sampai sejuk beku) terperanjat pulak nanti mak mentua makan kulit luar bukan main panas, inti dalam pula bukan main sejuk lagi, biarlah sesedap rasa kepanasan itu.

Tentang kelapa tua tu, jika anda tidak tahu memilih yang mana satu kelapa tua janganlah segan bertanya pada orang- orang tua..
ada yang bertanya boleh tak guna telur itik, nasihat ibu saya gunalah telur ayam. Tetapi jika ada yang berkeras untuk gunakan telur itik (kerana terlalu banyak telur itik dirumah), bagilah saya rasa dulu supaya saya dapat komen rasanya. Jika sama rasanya seperti yang ibu saya buat, so bolehla diputuskan telur itik boleh digunakan!

sukatan adunan kuih ni sesuai untuk 10 orang makan..tapi jika anda ingin buat sikit je ( untuk 4-5 orang makan) so bolehlah separuhkan je sukatan. Tapi jika anda berdua je dan teringin untuk makan..hmm sesuai dibeli dikedai kuih yang berhampiran.
jangan marah ye.. SELAMAT MENCUBA!!







Pabila rakan-rakanku mula mengomen :)