Wednesday, January 14, 2009

Roti Jala


hidangan enak untuk minum petang anda, cubalah resepi roti jala ini..

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
garam
pewarna kuning
1 jag air
2 helai daun pandan

Cara buat:
1. Gaul semua bahan diatas dengan air sedikit demi sedikit
2. Kisar adunan supayamenjadi halus
3. Masukkan adunan dalam acuan roti jala
jika adunan lambat turun dari acuan bermaksud adunan anda pekat dan perlu tambah air. Jika adunan anda terlalu cepat turun bermaksud adunan tersebut cair dan perlu ditambah tepung.
4. Canai adunan menggunakan acuan roti jala
5. Letakkan sedikit minyak dalam mangkuk
6. Celup daun pandan ke dalam mangkuk yang berisi minyak dan sapu minyak tersebut ke atas kuali roti jala.
7. Hidang roti jala anda bersama kuah kari untuk dimakan







Jom bagi komen...

Tuesday, January 13, 2009

seri muka, muka berseri? atau kuih seri muka?

Hehehe, seri muka, muka berseri atau kuih seri muka?
sebenarnya ingin berkongsi resepi kuih seri muka. Maklumlah resepi-resepi kuih tradisional macam ni susah nak dapat. Lagipun tak ramai orang-orang muda sekarang yang tahu nak buat. Tapi 'kacang' je nak buat kuih ni..kacang-kacang pun macam mana ek? jom belajar..

Lapisan bawah
Bahan-bahan:

1/2 kg beras pulut yang telah direndam semalaman
1 biji kelapa yang telah diparut (ambil pati santannya dan simpan 1 cawan untuk lapisan atas)
Cara buat:

1. Kukus pulut hingga menjadi jernih
2. Masukkan santan dan garam sedikit
3. Kukus pulut sekali lagi hinga masak
4. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam loyang
5. Tekan pulut hingga padat
6. Biarkan seketika


Lapisan atas
Bahan-bahan:

1 cawan pati santan
2 senduk gula pasir
2 senduk tepung gandum
pewarna hijau
1 biji telur
2-3 helai daun pandan

Cara buat:

1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan masukkan gula pasir
2. Gaul telur dan gula bersama daun pandan
untuk menghilangkan bau telur
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul bersama santan.
4. Titiskan beberapa titik pewarna hijau
5. Tapis acuan tepung tadi supaya tepung tidak bergumpal
6. Curahkan acuan yang telah siap ke atas pulut yang dah ditekan tadi
7. Kukus kuih guna api yang kecil

* untuk memastikan kuih anda telah masak, cucuk kuih dengan menggunakan garfu atau lidi yang bersih. Jika kuih tidak melekat pada lidi tadi bermaksud kuih telah masak.


Kuih seri muka anda siap sedia dihidang, SELAMAT MENCUBA!!










Pabila rakan-rakanku mula mengomen :)

sedapnye kuih dadar ni!!!




seperti yang saya janjikan.. ni resepi kuih gulung @ ketayap @ dadar @ yang seangkatan dengannya..
kuih ni ade dua bab macam kuih donut tu juga.. dua bab yang saya maksudkan tu:
bab 1 = sediakan inti nye
bab2 = kulit

ok mula dengan bab 1 dulu ya:

2 biji kelapa tua yg telah dimesin ( yg sesuai untuk di buat inti)
untuk kelapa yang dah dimesin ni, ambil isi kelapa yang putih je
500 g gula merah/perang yang cantik dan bersih
2 senduk gula pasir
1. masukkan semua bahan di atas dalam kuali2. masak sehingga gulanya kering ( api yang sederhana)3. masukkan inti dalam bekas dan biarkan ia sejuk

ok, turn to chapter 2 :

4 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 camca teh garam halus
1 sudu pewarna( ikut suka nak warna apa, tapi pakar mengesyorkan jenama STAR brand)
1 jag air masak ( saiz sederhana)
1. gaul tepung + telur + garam
ni petua menggaul dari ibu saya, mula-mula masukkan garam dalam bekas, pecahkan telur dan gaul telur dan garam hingga garam larut. Ambil tepung secawan dan gaul bersama air sikit demi sikit then ambil lagi secawan tepung dan gaul lagi dengan air. Buat hingga 4 cawan tepung dan guna air yang berbaki untuk cairkan tepung. Last sekali isi pewarna pilihan anda
2. panaskan kuali guna api yang sederhana
3. tuangkan minyak yang bersih dalam mangkuk
untuk minyak ni anda kena guna sedikit sahaja, ambil 2-3 helai daun pandan dan gunakan daun pandan tu untuk sapu minyak dalam kuali
4. masukkan 1 senduk adunan yang telah dibancuh dalam kuali dan golek kuali tersebut seperti anda membuat telur dadar
5. pastikan kulit kuih anda berbentuk bulat yang cantik
6. kulit ni sekejap sahaja dah masak, then boleh angkat dari kuali dan isi dalam piring
7. gulung kulit bersama inti

nasihat pakar:

selesai buat 1 kulit terus gulung dengan inti, then baru masak 1 kulit lagi dan gulung dengan inti. Kiranya waktu gulung kulit dengan inti, kulit masih panas tapi pastikan inti anda sejuk ( tapi janganlah sampai sejuk beku) terperanjat pulak nanti mak mentua makan kulit luar bukan main panas, inti dalam pula bukan main sejuk lagi, biarlah sesedap rasa kepanasan itu.

Tentang kelapa tua tu, jika anda tidak tahu memilih yang mana satu kelapa tua janganlah segan bertanya pada orang- orang tua..
ada yang bertanya boleh tak guna telur itik, nasihat ibu saya gunalah telur ayam. Tetapi jika ada yang berkeras untuk gunakan telur itik (kerana terlalu banyak telur itik dirumah), bagilah saya rasa dulu supaya saya dapat komen rasanya. Jika sama rasanya seperti yang ibu saya buat, so bolehla diputuskan telur itik boleh digunakan!

sukatan adunan kuih ni sesuai untuk 10 orang makan..tapi jika anda ingin buat sikit je ( untuk 4-5 orang makan) so bolehlah separuhkan je sukatan. Tapi jika anda berdua je dan teringin untuk makan..hmm sesuai dibeli dikedai kuih yang berhampiran.
jangan marah ye.. SELAMAT MENCUBA!!







Pabila rakan-rakanku mula mengomen :)

ketayap

semua orang mesti tertanya-tanya kan kenapa tiba-tiba cerita pasal ketayap ni..
hmm sebenarnye nak cerita, semalam makan kuih ketayap ni.. ikut pada pengalaman saya duk kat utara selama 3 tahun la kan.. orang-orang utara panggil kuih ni kuih ketayap, tapi..kalau kat tempat saya (melaka) panggil kuih dadar, tapi adik saya yang bongsu tu panggil kuih gulung la pulak ?????
Bila saya tanya dia kenapa panggil kuih gulung, dia cakap sebab ibu gulung kuih ni..
betul juga cakap adik saya, tapi kenapa panggil kuih ni ketayap saya pun tak tahu la..kalau ada yang tau let me know k,
sedapnya kuih ni ibu saya yang buat, ibu saya ni memang terror buat kuih tau..kalau menang pertandingan lawak tu orang panggil raja lawak tapi kalau ada pertandingan buat kuih sure ibu saya dapat gelaran raja kuih..
hmm tak susah pun buat kuih ni sebenarnya..(sebab saya ni tengok je memangla tak susah), tapi ibu saya suka bagi resepi.. tunggu eh resepi buat kuih ni..
(saya kena salin dulu kat ibu)..










Pabila rakan-rakanku mula mengomen :)

doughnut gebu,sedap & tembam

Petang tadi dapat juga makan doughnut, Alhamdulillah...sedapnya ibu buat, tak pernah kurang pun rasa sedap tu sejak dari dulu hungga sekarang..ni yang nak tunjuk ni doughnut yang makan petang tadi, nenek pun puji, hehehe.
nenek asyik cakap gebu, sedap, tembam.. kelakar je..
tapi memang betul pun.. semua setuju, gebu, sedap and tembam..

seperti yang dijanjikan ni RESEPI nya..
* untuk adunan doh
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis (jenama MAURIPAN, korang pakai jenama lain gerenti tak tembam)
2 sudu susu krimer pekat manis
1 senduk marjerin ( campur 2 sudu butter, petua untuk doughnut lebih gebu dan lembut)
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)

*cara adun
1. sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam (biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan2 dalam langkah 2)
2. masukkan semua dalam 1 bekas(tepung gandum, telur, majerin & susu)
gaul hingga sebati
3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. uli doh hingga lembut
5. taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat)
6. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu
7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik, bolehla digoreng (guna api yang sederhana)
8. goreng hingga warnanya keemasan
9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula
icing ( nak save blender je gula pasir)

OK, SELAMAT MENCUBA...dan pastikan donut anda GEBU, SEDAP dan TEMBAM!!








Pabila rakan-rakanku mula mengomen :)

jalan2 cari makan

Ingat tak salah satu rancangan kat TV3 jalan-jalan cari makan? hmmm suka tengok kak Maria tu makan kan.. berselera sangat.. boleh terliur dan terus je lapar,hehehe
tapi ni bukan nak buat program macam kat TV3 tu..ni saja-saja nak share tentang favorite food, recipe, tempat makan yang best dan apa-apa je lah yang berkaitan dengan makanan..
sebenarnya petang ni petang yang agak best and ada mood. Mulalah fikir macam-macam dan apa nak buat untuk tea time..(cucur udang?, jemput pisang?, ...) selalunya minta je tolong adik beli pisang goreng kat simpang jalan, tapi tiba-tiba teringat sedapnya donut yang gebu dan gemuk...aah bestnye..
ok, so petang ni decide la nak buat doughnut (sebenarnye minta tolong ibu buatkan) sebab doughnut ibu lah yang BEST IN THE WORLD, lembut, gebu, dan sebagainya.. dulu pernah ada orang order untuk buat jamuan!! so dah ada sampai orang order terbuktilah sedapnya... hehehe
ok lah..better go, nak tolong ibu buat doughnut, nant saya postkan gambar doughnut yang dah siap beserta resepinya sekali ya.... bye2,















pabila rakan-rakanku mula mengomen :)