Saturday, May 5, 2012

Bunting dan banner Hari Guru

Bunting ni request dari Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional UTHM bersempena dengan sambutan hari guru . Bunting ni untuk digantung di sepanjang jalan-jalan di UTHM terutamanya di sekitar fakulti dan jalan menuju ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM. I design bunting ni menggunakan Adobe Illustrator bagi menghasilkan imej vector yang tidak pecah apabila scale up nanti sewaktu nak print. Bunting dan banner for printing yang besar-besar lebih baik menggunakan AI kerana saiz dokumen nya kecil dan tidak memberatkan laptop. Set 300dpi sudah memadai untuk menghasilkan banner dan bunting.


Banner yang I design ni I nampak ade 2 yang UTHM print iaitu kat depan pejabat Fakulti pendidikan dan satu lagi di hadapan dewan Tunku Ibrahim Ismail

sempat juga berposing kat sebelah bunting ni sebelum masuk kelas tekno kat fakulti..itupun sebab warna baju ala-ala dah sama plak dengan background bunting