Friday, December 30, 2011

Happy Birthday Dj Lin..

Sambungan entry yang dijanjikan..

So, ni story sepanjang birthday Dj Lin, actually ni story Ika ambil kat blog Fan Dj Lin Cinta Mania tapi story kat blog tu pun ika juga yang buat..so same je kan jalannya..hehe :)

http://fandjlincintamania.blogspot.com/2011/12/sambutan-ulangtahun-dj-lin-2011.html

Tapi,khas untuk personal blog ika ni, ika nak post gambar2 ika je masa kat Redbox Sogo yang mana gambar ni takda kat dalam blog fanclub. Yelah, nanti over lah plak letak gambar sendiri dlm blog fanclub..huhu i taknak di cop pulak..jeng jeng jeng.

Yang ni Ojan...our little sis kat dalam AJK Fanclub..cute tak?? hehe.










Ni pula gambar i dengan artis yang hadir malam tu, yg duk depan i tu abang Afee Utopia,sblah tu abang Dwan dari kumpulan Olan, Ally AXL pun ada dan yang baju biru jeans tu abg Eddie Hamid.

















Ni i bergambar dengan rakan2 fans yang datang. i jaga registration table dgn Ieza, kat sebelah i yang sama pakai rantai biru tu adalah ieza, rakan AJK juga.









Ni gambar yang abang i amik waktu i dapat cabutan bertuah. I aim dan berangan nak dapat oven tapi dapat hamper Jamu Mak Dara..takpelah kan,(ika...ika bersyukurlah skit,orang lain tak dapat pun..)
Tapi best tau produk Jamu Mak Dara ni..i ingat kan barangan jamu je yang i dapat rupanya ada macam2 lagi..ada 3 kotak rempah iaitu rempah kari, rempah kurma dan rempah beriyani. Mak i dah guna dah yang rempah kari..fuhh sedap juga :)
Pastu ada kopi herba Al-Habsyee dan teh herba Al-Habsyee,juga kopi jamu Mak Dara, tiap pagi i minum kopi wanita Jamu Mak Dara tu..sedap !!!

Lepas habis event i and few others gi ke Jalan TAR take supper..walaupun redbox sediakan mcm2 meal tak sempat makan..tahun ni i dapat makan buah je dan dessert. Kak Lin,Ojan,Bad dan Tebu langsung tak jamah ape2..lagi kesian kan,pastu kul 10 dah close diorang punya dapur..so x dapat makan..sob sob..














Ada tak rupa i tu mcm orang yg kelaparan bebenor makan?? tak lah kan..still cover cun. hehe. I order nasi gorang kampung sama dgn Ojan dan kak lin jgk..PEDAS.. and brother i jeling je i makan pedas..(tutup mata buat tak nampak..soriii). Yang best kat sini dan famous adalah roti banjir nya, tak sempat plak nk snap satu gambar cause abg JJ je yg order roti banjir waktu tu.. nanti kalo datang sini lagi i amik gambar eh..



Letihnya..mau tido :)

Thursday, December 29, 2011

Jalan2 suka suki

Dalam page MY BLOGLIST ika ada bagi tau kan yang ika ni AJK Dj Lin. So, kat dalam entry ni just nak share sambutan birthday Dj Lin yang ke-36 pada tahun 2011 ni. Actually event ni juga adalah event penutup tirai memandangkan tarikh birthday Dj Lin pun jatuh pada 31hb Disember.
Ika dan cik abang bertolak sehari awal ke KL bagi membantu Dj Lin dan AJK lain membuat persiapan majlis. Macam biasalah bungkus2 hadiah, buat table mark dll.

Tapi..cerita tentang sambutan birthday tu ika separate kan ke entry lain..panjang bebenor nak crita. So, lepas settle semua persiapan..TIBA2 lupalah pulak SATU je benda lagi..waa nombor cabutan bertuah tak siap lagi. Laptop pulak masa tu tak bawak memang ika tinggalkan (hmm patutlah berat je rasa hati ni nak bawak je..) So, calling2 Dj Lin yang masa tu kat ofis Suria FM....tup tup tett teeet
so berangkatlah kitorang bertiga (bertiga je waktu tu..just cik ika, en.bad dan cik ojan)..

Settle!! siap jgk nombor cabutan bertuah. Jalan2 suka suki gi teman Dj Lin ke NAR Records..
Ni lah gambar2 kitorang masa di NAR records..huhu, just posing2 jerr.


































Dj Lin siap merakamkan lagu pertama beliau berjudul Ranting Kenangan ciptaan komposer terkenal Abang Eddie Hamid dan lirik oleh Ku Seman Ku Hussin.. Tahniah Dj Lin. Nak tengok lirik lagu ni boleh ke blog fanclub Dj Lin, Fan Dj Lin Cinta Mania.

















Jalan-jalan sana sini :)





Tuesday, December 27, 2011

Edit Video Persaraan

Tak lama lagi ada majlis persaraan guru di sekolah aku. Guru tu merupakan guru penolong kanan HEM yang telah berkhidmat selama 34 tahun kalau tak silap. So, hari ni aku pun pergilah ke sekolah walaupun sekolah masih bercuti. Almaklumlah warga cikgu ni kalo nak dekat2 nak buka sekolah sibuklah ke sekolah tunjuk muka siapkan itu ini including me.. tapi, kerja aku nak buat mmg sinonim dengan tugas utama aku kat sekolah bukan melibatkan hal registration pun.

Sampai je kat sekolah, mata aku ni dah mula cari mane cikgu ibrahim ni (cikgu yg nak bersara tu). Mmg aku dh agak tak sampai lagi..huhu terpaksalah aku tunggu walaupun dalam hati punyelah berdoa nak cepat settle dan cepat balik sbb aku lebih suka buat kerja2 multimedia ni kat umah.

Tunggu punya tunggu muncullah kelibat cikgu ni kat ofis dengan envelope coklat kat tangan dia. Dalam tu ada album gambar2 dia. Dalam hati aku cakap,cikgu berahim ni mesti geledah segala gobok dan almari dia cari gambar..:) Sekali aku kira2..adelah 23 keping je gmbar2 dia..aduhh camne aku nak buat multimedia dgn gambar 23 keping je??

Aku ketepikan dulu soalan tu dalam kepala otak aku dan scan gambar 23 keping tu. Pastu aku pegi naik ofis semula dan minta cikgu berahim tulis short biography dia. Bile dah dapat zasss aku balik umah sebab internet kat umah aku super laju so senang buat kerja. jadi,dr gambar 23 keping tadi aku triple kan kuantitinya dengan cari gambar2 kat blog sekolah. Satu persatu entry aku bukak sampai tahap mata aku nak terbuntang keluar aku upah adik aku cari pulak..(huahuahua).. so mane2 gambar cikgu ibrahim yang terselit tu aku grab dan save image as.. Adik aku pun mata tersembul jgk passing balik kat aku. Huhu baru aku dapat rasa banyaklah pula entry blog sekolah yang dah aku buat (dalam erti kata lain..banyak juga event sekolah aku ni..)

Akhirnya selesai sudah aku cari gambar cikgu bertuah ni..untuk tarikh entry yang terakhir 27/11/2011.




Jom sharing apa yang berlaku pada anda hari ini??

Sunday, December 25, 2011

Cuti Krismas

Jingle Bell day jatuh pada hari Ahad 25hb Disember 2011, so Isnin jawabnya cutilah aku. Nak ke mana ek?? nak gi date cik abang tak balik melaka, nak kuar tempat lain pula sekitar bandar melaka tu mesti jam giler. Sebab semalam pun adik aku bagi tau die kuar ke bandar melaka dari pagi kul 2pm baru sampai. Huhu, kalau dah berjam2 macam tu baru sampai lebih baik pegi KL je, MidValley ke, Pavillion ke, Times Square ke..tapi mesti jam jugak kan tempat2 macam tu. So, dari pening kepala dengar hon kereta banyak2 lebih baiklah duduk kat rumah je..(ikut cakap cik abang lah..lagi berkat) Ok, habiskan masa di rumah layan game Haunted Mansion selama 2 hari+update blog..tapi dah pening pulak cari barang2 tersembunyi..huhu..















Kemana anda di hari cuti??

Saturday, December 24, 2011

Siapa diriku??

Ahaks..ingatkan nak tulis title ni Dari Meja Penulis..waa kan main the vogue la sangat. Tapi ruangan ni i memang nak super exposekan diri je..yelah i malu2 kat luar tapi over2 dalam blog je. Profile view tu sket sangat nak tulisnye..yg simple2 je boleh..tak suke tak suke. Pada yang sedang membaca entry ni Salam Perkenalan diucapkan..scrol sket ke bawah u alls boleh la view sket latar belakang i,

Nama diriku: Siti Zulaikha binti Salleh
Tarikh lahir: 4 Ogos 1986
Bintang: Leo (sebab tu i garang mcm singa..jgn main2..hehe)
Asal: Melaka
Pendidikan: - SK Menggong, SMKA Sharifah Rodziah, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Matrikulasi Londang, USM Penang (Graduation 2009)
Job: Full time teacher, part time teacher (home tuition kat rumah je), full time blog moderator, dan pengarah urusan bisnes Zulaikha Shoppe..wah kan main lagi..
Minat: Suke sangat buat blog, dan apa2 mengenai ICT, suka buat bahan BBM sendiri untuk P&P kelas (dah banyak tau koleksi bahan BBM yg i dah buat....suke sangat)
Pantang: Tak suke orang yang ambil kesempatan atas kebolehan orang lain..hate this people
Makan: tak cerewet makan..sume teringin nak rasa hehe
Status: belum berkeluarga tapi akan bersuami..(aik??)
















Apa ek komen anda tentang saya??

Thursday, December 22, 2011

Rasa bahagia kembali

Bersujud kepada ALLAH 
Bersyukur sepanjang waktu 
Setiap nafasmu seluruh hidupmu 
Semoga diberkahi ALLAH 
Bersabar taat pada ALLAH 
Menjaga keikhlasannya 
Semoga dirimu 
Semoga langkahmu 
Diiringi oleh rahmat-NYA

Thanks to my love yang tolong bawa i ke sana...Hari sedih sedunia dah hilang dan senyum terukir di bibir semula..mood nak berblog dan habiskan kerja dah ada. Thanks juga pada dia yang bawa jalan2  semalam.. at least terubat luka dihati ni dan lupa sekejap. 





Ceritera hati...

Monday, December 19, 2011

Hari Sedih Duniaku..

19hb Disember 2011..hari paling sedih. Kenapa sedih biarlah i dan Allah saje yang tau..tapi nak share lirik lagu ni dengan semua untuk entry kali ni..



Roda waktu tak pernah menunggu

Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhanberikan pedoman
Tunjukkanaku arah jalan yang kau redhai
Tuhanberikan pedoman
Dan bilakumenjauh,
Kembali kepangkal jalan

CahayarahmatMu menyinar bahagia
Syukurhatiku rasa
Bergetartubuh kusebut namaMu
Yang MahaEsa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMulantas kusujud, bersyukur

Tuhanberikan pedoman
Tunjukkanaku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikanpedoman
Dan bilakumenjauh,
Kembali kepangkal jalan

Oooooooooooo……

Biar pedomanini
Berkekalandihati, selamanya
Pengubatjiwa, penyinar bahagia
Inilah kasihyang kita damba

Tuhanberikan pedoman
Tunjukkanaku arah
Jalan yangkau redhai
Tuhanberikan pedoman
Dan bilakumenjauh,
Kembali kepangkal jalan …


biarpun sedih namun tetap terus berdoa dan berdoa moga ada sinar. Thanks to my love,for always understanding me and give the strength




Ceritera hati...

Sunday, December 18, 2011

Makan-makan with family di Taman Botani Putrajaya

Seharian hari ni sampai ke malam jalan-jalan dengan family. Kitorang memilih destinasi ke Putrajaya sebab my mom teringin sangat nak ke Putrajaya. So, pergi pun atas tiket nak celebrate anniversary my mom and dad so we all 2 kereta ke sana. Perjalanan kami taklah dari pagi2 buta dah gerak ke sana. Kitorang bertolak lebih kurang nak tengahari dah waktu tu. Haa yang specialnya ibu buat nasi lemak berlauk. Hmm dari rumah memang kitorang tak makan, nak makan kat sanelah kan sambil menikmati pemandangan..
Lapar bukan main lagi lerr dari dalam kereta lagi half journey, dah sampai Putrajaya terpinga-pinga pula nak makan kat mane..huhu nasib baik ada GPS, so kat situ i dah nampak terkelip-kelip dalam map tu Taman Botani.
My sis cakap macam syok je nama tempat ni nak makan-makan dan ambil pics banyak-banyak. So zoom ke Taman Botani. Sampai je dekat sana apalagi terus cari port nak bentang tikar. Malas nak gi jauh2 makan je lah berdekatan car park lagipun senang nak loading barang.





Lepas edisi makan2 we all jalan2 di sekitar Putrajaya. Tempat wajib mestilah di Masjid Putrajaya dan solat asar sekali kat sana












Jom jalan-jalan...

Sunday, November 27, 2011

Hari Keluarga Sekolahku

Hari Keluarga sekolah aku ni diadakan di Permaisuri Hotel dan Resorts kat Port Dickson. So, aku ke PD dari awal pagi berkonvoi bersama guru-guru lain dari sekolah. Sampai kat sana, ada AJK yg dari kalangan guru jgk setup tempat dan hadiah juga persiapan untuk game2 yg telah dirancang.

Banyak game yang cikgu2 sekolah aku dah plan,semuanya family oriented la. So, aku kan single lagi lagipun aku punya tugas khas mcm biasa. Kalo aku masuk game alamatnya sunyi sepi lah blog sekolah aku takda kenangan terindah. So, aku klik2 kamera je.. terima kasih juga pada cik usop PT sekolah aku..ada juga ingat nak ambil gambar aku..candid pun candid je lah cik usop. Bleh jugak tepek kat sini..huhu. Untuk blog ni aku tak nak tunjuk gambar2 yg aku amik sbb ak selalu letak gambar orang kat blog so untuk entry kali ni, aku nak letak gambar aku je..hehe




Gambar yang atas tu ntah apelah yang aku cakapkan ek dgn kak wan (cikgu p.khas) dan gambar bawah tu pula jgn ketawa tgk muka aku mcm gitu..



















Corat coret..

Tuesday, November 15, 2011

Jonker Walk Kopitiam

Destinasi saya kali ni taklah bertujuan keluar untuk cari tempat makan..tapi dah lapar kan lepas shopping2 sakan kat MyDIN MITC Ayer Keroh Melaka so singgahla kejap kat Jonkerwalk Kopitiam. Ok, sedap n best makanan nya, semua recipe ala-ala kopitiam nye menu la kan..So kitorang bertiga, saya makan bersama my beloved mom and sis. Saya order mee goreng kampung, (waktu tu nak rasa mee goreng kampung camne sebab selalu biasa dengar nasi goreng kampung je..). Haa ni rupanya mee goreng kampung i yang dah siap. Tengok ala mee goreng basah..

My mom pula tak nak makan yang heavy meal so dia order jonkerwalk hot choc bersama dengan kaya butter toast bread..Ni my mom
My sis pula makan mee bandung. Sedap juga mee bandung yang dia order..ni my sis yang suka posing2


That's all untuk entry kali ni. Kalo sape2 yang terliur tengok makanan kat atas tu bolehlah menjamu selera di Jonkerwalk Kopitiam di Groundfloor shopping complex Mydin MITC Ayer Keroh Melaka. Bisnes hournya kalo tak silap open daily dan tutup jam 10 malam. Harganya pun berpatutan..ok la tak mahal sangat.





Anda tau tempat makan best?? kat mane tu?

Saturday, May 7, 2011

Penghujung Cintaku..

Meskipun tajuk entry ni Penghujung Cintaku tapi bagi aku cintaku pada dia tiada berpenghujung...

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi,
hati ini telah ada yang miliki

tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi,
kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu,
aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu,
ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu,
ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

wooo aku akan menikahimu,
oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmuseumur hidupmu [4x]
Seandainya telah kau catatkan dia milikku...Tercipta buatku, dekatkan dia padaku…Satukanlah hatinya dengan hatiku,Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi…Seiringan kami dalam melayari…Hidup kesepian yang sejahtera… Jika benar dia dijadikan untukku…Maka rapatkanlah hubunganku dengannya…HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVE UNTUK HARI YANG SANGAT INDAH HARI INI...







Pabila bercinta dan dicinta...