Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Banner ni I design untuk ucap selamat menyambut Bulan Ramdhan dan selamat berpuasa untuk diletak dalam blog fan Dj Lin Cinta Mania dan facebook


Diedit menggunakan Adobe Photoshop CS5

Promote Caller Ringtone Ranting Kenangan - Dj Lin

Single terbaru Dj Lin - Ranting Kenangan dah pun boleh di download sebagai caller ringtone. So bagi mempromosikan caller ringtone ni kepada semua peminat Dj Lin di blog, Facebook dan juga twitter, I designkan banner ni untuk promotional purpose..


I design guna Adobe Photoshop CS5. Jom download caller ringtone Ranting Kenangan untuk handphone anda!

Thursday, June 28, 2012

Selamat Pengantin Baru

2 of my  beloved friends have their wedding serentak this week and so sad I tak dapat nak hadirkan diri sebab jauh sangat nun di Perak dan exam week pulak tuh. So, bagi memohon maaf atas pihak diri sendiri I create banner untuk Yatie and Laili. 


Banner ni I edit guna Adobe Illustrator CS5. Templatenya I download dari web All Free-Download.Com. Vector image yang cantik-cantik banyak kat website tu dan I dah bookmark dah pun. So, tiap kali I dapat job untuk design banner or bunting, I akan jengah situ dulu. Oh, by the way Selamat Pengantin Baru Yatie dan Laili.

Wednesday, June 6, 2012

Banner Program Bina Insan Guru

Today nak sharing banner ni dan juga meluahkan perasaan kat blog juga masa buat banner ni.. sebenarnya nak buat banner ni takda masalah tapi bila nak print geram pulak kat toke kedai printing banner ni. Actually bukan I yang bawa banner ni pergi print, I hanya ditugaskan untuk design sahaja, dan yang bertanggungjawab untuk print banner ni someone else. Apa yang I menyirapnye adalah sebelum ni kalo sape-sape yang minta I designkan banner takda masalah pun bila I bagi format banner dalam bentuk PDF, tapi yang kedai ni pula suruh I tukar file ke jpeg. Dahla budak yang pegi hantar print ni asik call I je cakap ada masalah nak print di waktu I tengah la busy. Pastu kawan I yang tak paham nak terangkan kat I apakah masalahnya pass phone kat toke kedai tapi yang toke kedai ni plak nadanya meninggi je seolah-olah macam dia tu bagus sangat. Apa yang buat I marah bila I cakap bukak je lah PDF tu dan print dia cakap leceh, dan suruh I tukar jugak ke jpeg, katanya Ai die tak boleh nak read.. kesimpulannya, ko dah tau yg ko bukak kedai printing silalah update software tu bagi maju..hai macam manelah nak berkembang bisnes tu..geram geram..

Ni banner 1st yang direject atas alasan childish sangat macam banner nak masuk tadika katanya..OK Fine!! I tukar lain dan menurut arahan..

Last-last banner yang nampak simple ni juga yang dipilih.. Haai kan senang kalau dari awal cakap nak banner yang designnya simple je..

Sunday, May 20, 2012

Design Poster untuk Teater Muzikal Sudirman

Ho..ho ho.. I got new job untuk design poster bagi Teater Muzikal Sudirman. Actually my coursemate terlibat dengan persembahan teater ni dan dia request untuk buatkan satu poster untuk team teater sebagai promosi untuk ditampal di sekitar UTHM.


I edit poster di atas guna Adobe Photoshop CS5. Bila dah siap, I sent via email to Kak Ija dan sukanya bile die suka sangat dengan design poster ni. Terus hantar pergi print dan proud lah jugak bila tengok dah ditampal pada boards sekitar UTHM. Hmm tak sabar nak pergi tengok teater ni. Hopefully ada chance dan free time for the show. 

Thursday, May 17, 2012

Design Cover Buku for Perfect Binding

Cover Buku ni I design untuk buat perfect binding. Actually buku ni salah satu task wajib yang perlu dihasilkan untuk lulus dalam subjek Rekacipta yang I amik dalam course Kemahiran Teknikal. I design cover depan dan belakang menggunakan Adobe Illustrator CS5. 



Rekacipta group kami adalah menghasilkan kotak seni lukis yang mengandungi pelbagai jenis alatan seni lukis di dalamnya seperti krayon, pensel warna dan warna air. Kotak ini juga boleh menyimpan  sehingga 8 batang berus lukisan pelbagai saiz.  Design yang I hasilkan I save dalam format jpeg dan .ai dan I hantar ke kedai printing untuk buat perfect binding. Setelah siap di print dan di bindingkan..inilah hasilnya


Amacam cantik tak? suka sangat tengok sebab dah macam buku jual kat kedai tapi saiznya besar sebab format A4 kan.. Buku ni I pamerkan dalam Festival Rekacipta