Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Pertandingan Fotografi KulSign 2012

Bersempena KulSign 2012 pada 25 & 26 feb 2012 yang betempat di Central Market, Kuala Lumpur, satu pertandingan fotografi akan dianjurkan dengan kerjasama PENTAX Malaysia dan Chot Touch. Butiran adalah seperti berikut:

Kategori yang dipertandingkan:

(1) Graffiti moments – Gambar yg ada moment yg menarik ber berlatarbelakangkan 'graffiti'

(2) Pentax moments - Gambar yg ada unsur moment atau 'candid' menarik yg berlatarbelakangkan suasana acara2 yang dianjurkan pada event Kulsign 2012 tersebut.

Cara-cara penyertaan:

- Peserta yang berminat dikehendaki untuk menghantar 5 gambar yang terpilih untuk setiap kategori yang ingin disertai dalam bentuk soft-copy (menggunakan memory card/ pendrive) kepada pihak penganjur.
- Satu booth khas pertandingan akan disediakan untuk peserta menghantar penyertaan.
- Pihak penganjur akan memasukkan gambar2 yang dihantar oleh setiap peserta mengikut format dengan logo dan watermark penganjur ke album khas di laman facebook page FJM (Fotografi Jalanan Malaysia) pada hari tersebut.

Syarat-syarat pertandingan:

- Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar 1 entry setiap kategori.
- Setiap peserta boleh menyertai maximum 2 kategori.
- Gambar-gambar yang dihantar hendaklah diambil pada tarikh 25 & 26 hb dan di event KulSign2012.
- Gambar yang dihantar hendaklah beserta EXIF Data.
- Pihak penganjur berhak membuat saringan terhadap gambar-gambar yang dihantar sebelum mempamerkan di dalam laman facebook FJM.
- Terbuka untuk semua jenama kamera

Hadiah:

Champion - Pentax RZ 18 (untuk kedua-dua kategori)
1st runner-up - Pentax S1 (untuk kedua-dua kategori)
2nd runner-up - Pentax Rs1500 (untuk kedua-dua kategori)
Best of the Best entry - Pentax Q ( RM2099)

Tarikh tutup pertandingan:

26hb Februari 2012 -- jam 2.00 petang

Penjurian:

Juri profesional akan membuat penilaian gambar-gambar yang dihantar pada 26hb Feb 2012 pada jam 2-4pm.

Acara penyampaian hadiah:

26hb Februari 2012 – 4.30 ptg

Kulsign2012 - https://www.facebook.com/events/127331840713430/

Kredit to: LensaMalaya


Lets join

Pertandingan Graffiti 2012

Morning..Selamat Pagi Malaysia!. Pagi-pagi ni i luangkan masa menonton slot MHI TV3 seawal jam 7 tadi. So,tertarik dengan isu 'pelukis dinding' ni..ala yang buat lukisan dan conteng2 kat dinding tu,kadang2 bawah jambatan,kat tiang flyover, dan macam2 tempat lagi asalkan boleh conteng..
yang ni agak menarik i rasa..tapi sakit mata jugak

Yang ni pula lagi menyakitkan mata,sakit mata + serabut kepala otak dibuatnye
Isu conteng-menconteng dinding ni adalah satu vandalisme yang dianggap serius. Yelah, mana taknya kalo lukisannya yang serabut macam atas tu boleh bagi imej buruk pada negara kita. Tapi pada si pelukis pula, ini adalah hobi bak kata orang 'Lukisan menggambarkan jiwa dan perasaan'. Pandangan pakar pula mengatakan lukisan adalah terapi. Memang benar kerana lukisan boleh menenangkan jiwa dan memberi ilham sama macam kita mendengar soft music.

Namun, walaupun dikatakan terapi ianya tetap salah jika si pelukis atau artis graffiti melukis di tempat yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi jika ada lukisan yang berunsur lucah dan perkataan mencarut yang tidak patut ditonjolkan. Oleh itu, satu medium atau langkah bijak telah diambil oleh pihak tertentu dan kerajaan dengan menganjurkan pertandingan kepada para artis graffiti.

Seni graffiti juga telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record dengan Lukisan Graffiti Terpanjang di sepanjang Sungai Klang sekaligus mengindahkan Kuala Lumpur.

Gambar di atas dari sumber MStar Online

Tahun 2012 membuka peluang lagi kepada artis-artis graffiti untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam Festival KulSign 2012 dimana festival ini tertangguh dulu pada tahun lepas kerana keadaan cuaca.

Festival ini akan berlangsung selama 2 hari bertempat di stesen LRT Pasar Seni Kuala Lumpur pada 25 dan 26hb Februari 2012. So,good luck pada semua artis graffiti tanah air,lahirkan dan ekspressikan seni graffiti anda dengan kreatif. Moga lukisan ini akan lebih mewarnai Kuala Lumpur.

Rasa macam nak tengok je nanti pada hujung minggu ni..;p

Wednesday, February 22, 2012

Pencarian Pasangan GLAMOR BioEssence and Nugeno Men

Hai..pada yang suka photoshoot tu mesti suka dengan entry ni sebab ada contest dari BioEssence dan Nugeno Men untuk Pencarian Pasangan Glamor 2012. Contest ni start from 15th January until 15th March 2012. so, masih ada masa lagi untuk u alls prepare and shoot+edit vouge gambar2 korang.

Hadiahnye juga sangat menarik iaitu percutian 4 hari 3 malam ke Bali Indonesia untuk 2 orang dan wang tunai RM2000, wah bertuahnya sape yang menang,dahla dapat melancong + dapat duit belanja lagi..ok, tu hadiah untuk pasangan glamor. ada juga hadiah untuk pasangan yang kureng glamor tapi still glamor jugak sebab pasangan ni adalah top ten finalis yang tepilih untuk berpeluang beramah mesra dengan Top Pasangan Glamor iaitu Scha Alyahya dan Awal Ashaari..Top 10 finalis ni akan menerima jemputan ke Parti Pasangan Glamor BioEssence Nugeno dan akan menerima hamper produk BioEssence and Nugeno bernilai RM500 untuk setiap pasangan.

Title event pun dah glamor kan?? so jika anda berjaya ke top 10 pun dah tentu glamor, manelah tau tersangkut plak jadi cover majalah, dah tentu ade banyak shoot2 press kat sane nanti..tul tak?

Ok, mcm mane nak masuk contest ni?? ni ika share dengan korang poster contest ni dan maklumat lanjut boleh juga layari web BioEssence



Jom join contest