Sunday, May 20, 2012

Design Poster untuk Teater Muzikal Sudirman

Ho..ho ho.. I got new job untuk design poster bagi Teater Muzikal Sudirman. Actually my coursemate terlibat dengan persembahan teater ni dan dia request untuk buatkan satu poster untuk team teater sebagai promosi untuk ditampal di sekitar UTHM.


I edit poster di atas guna Adobe Photoshop CS5. Bila dah siap, I sent via email to Kak Ija dan sukanya bile die suka sangat dengan design poster ni. Terus hantar pergi print dan proud lah jugak bila tengok dah ditampal pada boards sekitar UTHM. Hmm tak sabar nak pergi tengok teater ni. Hopefully ada chance dan free time for the show. 

Thursday, May 17, 2012

Design Cover Buku for Perfect Binding

Cover Buku ni I design untuk buat perfect binding. Actually buku ni salah satu task wajib yang perlu dihasilkan untuk lulus dalam subjek Rekacipta yang I amik dalam course Kemahiran Teknikal. I design cover depan dan belakang menggunakan Adobe Illustrator CS5. 



Rekacipta group kami adalah menghasilkan kotak seni lukis yang mengandungi pelbagai jenis alatan seni lukis di dalamnya seperti krayon, pensel warna dan warna air. Kotak ini juga boleh menyimpan  sehingga 8 batang berus lukisan pelbagai saiz.  Design yang I hasilkan I save dalam format jpeg dan .ai dan I hantar ke kedai printing untuk buat perfect binding. Setelah siap di print dan di bindingkan..inilah hasilnya


Amacam cantik tak? suka sangat tengok sebab dah macam buku jual kat kedai tapi saiznya besar sebab format A4 kan.. Buku ni I pamerkan dalam Festival Rekacipta

Brochure for Festival Rekacipta

Today nak share brochure yang I design special untuk sape-sape yang datang ke booth rekacipta kitorang. Brochure ni I design guna Adobe Photoshop CS5.

Ni layout dalam
 Ni layout luar atau cover depan
brochure ni pun I bawa g kedai printing dan I request nak print on glossy paper. Murah juga bagi I sebab full color untuk glossy paper RM 1, oklah tu dan puas hati sebab colornya terang dan nampak brochure tu pro dan elegan. brochure ni kitorang pamer jugak kat booth

My Team

Saturday, May 5, 2012

Bunting dan banner Hari Guru

Bunting ni request dari Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional UTHM bersempena dengan sambutan hari guru . Bunting ni untuk digantung di sepanjang jalan-jalan di UTHM terutamanya di sekitar fakulti dan jalan menuju ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM. I design bunting ni menggunakan Adobe Illustrator bagi menghasilkan imej vector yang tidak pecah apabila scale up nanti sewaktu nak print. Bunting dan banner for printing yang besar-besar lebih baik menggunakan AI kerana saiz dokumen nya kecil dan tidak memberatkan laptop. Set 300dpi sudah memadai untuk menghasilkan banner dan bunting.


Banner yang I design ni I nampak ade 2 yang UTHM print iaitu kat depan pejabat Fakulti pendidikan dan satu lagi di hadapan dewan Tunku Ibrahim Ismail

sempat juga berposing kat sebelah bunting ni sebelum masuk kelas tekno kat fakulti..itupun sebab warna baju ala-ala dah sama plak dengan background bunting



Wednesday, April 25, 2012

"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.."

Tuesday, April 24, 2012

Gel Penghalau Serangga yang WAJIB ada di SETIAP Rumah!!!

Entry kali ni nak share pada semua tentang gel penghalau serangga keluaran syarikat Suria Gold yang ternyata berkesan menghalau sebarang jenis serangga dan paling penting ia selamat digunakan. Al-maklumlah sem ni ada 2 camping yang wajib join so mesti lah wajib bawak gel ni. Gel ni disyorkan dan diperkenalkan oleh busuku..M.Rizal.. (nama glamor),

ni i attach serba sedikit mengenai gel ni:

mengandungi DEET (N,N-diethyl-m-toluamide,) polyethylene glycol,deionised, air & acrylate copolymer. DEET adalah pengahalau serangga yang serba boleh dan berkesan. Penghalau serangga yang mengandungi DEET telah digunakan selama lebih 40 tahun oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk mengelakkan gangguan nyamuk,kutu, lalat penghisap darah. DEET adalah yang paling berkesan terhadap risiko malaria,denggi,dan chikugunya,nyamuk,kuta dan lalat penghisap darah. Produk DEET mesti digunakan pada kulit yang terdedah. Tempoh perlindungannya adalah kira-kira 5 jam setengah..



berminat?? cubalah dan beli, pasti tak rugi. Harga cuma RM10 sahaja. Boleh didapati terus dari pengedar produk ini iaitu busu saya sendiri, saudara M.Rizal yang menetap di Kuala Sungai Baru Melaka.  Ni nombornya 0196322824 - M.Rizal