Sunday, March 11, 2012

IKa and aBid di MK Kafe and Bistro

Cuti2 weekend disebabkan tak balik ke melaka Ika n Abid my housemate gi makan kat MK Kafe & Bistro..terletak berdekatan dengan uthm,jalan ke ayer hitam. Ni nak sharing gambar makan2 kat sana. Price standard lah dengan tempatnya..sedap juga, i bagi 3 stars untuk food..kalau kebulur sangat tak bleh makan kat sini kena gi warung mamak jugak..;p, this restaurant sesuai la kalo nak dtg makan dgn feel romantik bersama orang tersayang sebab suasana di sini sangat syahdu..huhu


Guess who??


this is my order, nasi beriyani dengan sambal daging

our desserts..mocha cake pilihan i dan blueberry pilihan abid

hmm duk kat batu pahat ni i belum gi pekena lagi nasi beriyani batu pahat yang betul2 popular kat sini iaitu nasi beriyani mohd shah. Mesti kena pegi juga sekali sepanjang i duk sini, kalo tak means tak sah ler namanye datang batu pahat kan? 

Monday, February 27, 2012

Makan2 sambil bersantai di River Cruise Melaka Kg.Jawa

Hari ni best sangat coz berjalan-jalan dengan ibu ayah shopping2 last sebelum pegi kursus panjang di UTHM 2 hari lagi. Yueen bukan main seronok lagi dapat kuar jalan2 dgn atuk n nenek dia.. Mana taknya..penat jalan, tido kat bahu mama dia, pastu lapar plak nenek suapkan porridge, yang paling dia suka bila tengok cruise yang lalu..she like to see the splashing water..huhu yueen yang comei. Kepenatan bershopping di Jusco Ayer Keroh kitorang ke Kampung Jawa untuk pekena sate dan rojak mee yang best kat sana. This stall just oldies je tapi dah bertukar ke venue baru di tepi sungai Melaka..tu yang boleh yueen tengok cruise lalu tu. Mood pun agak tenang je duk makan kat sini. Tapi kena bersabar sikitlah sebab masyaAllah punya ramai orang..so tak heran kalo banyak customer yang datang dan terpaksa balik sebab takda tempat duduk. Alhamdulillah hajat nak makan kat sini kesampaian jugak coz sampai2 je kat sini ada meja dan seat kosong untuk kitorang duduk just nice for 4 of us including yueen yang dapat kerusi empuk dipangku mama ,atuk and nenek dia.
This is my mom a.k.a grandma yueen..awet muda kan??
duduk2 je yueen dapat 'order' dia dulu.. best porridge fresh from grandma pot
nyum nyum..yueen so hungry today mama...hehe
i plak suka amik scene2 bila g cuti2 malaysia ni..so inilah pemandangan sepanjang river cruise di Melaka..cantik kan lukisan-lukisan kat wall tu? banyak tau foreigners yang shoot gambar dan terpegun dengan Melaka..ada juga yang lambai2 kat kitorang sambil naik cruise..best2
boleh naik cruise dari sini..turun pun boleh dan korang terus singgah kedai makan ni..brother2 dan uncle yang bawak cruise pun sempat lagi order air dan makanan dari kedai ni coz restoran ni betul2 letaknya kat tepi sungai. Haa bridge yang kat belakang tu adalah jambatan Kg.Jawa..
Rojak Mee Kg. Jawa memang kesukaan my mom..so ni my mom punya order..
ayah i yang dah memang nampak bebenor laparnye..bismillah terus ngap..ayah i pun order rojak mee jugak..just like my mom..
mee rebus Kg.Jawa pilihan mama yueen..hehe
sorii..macam tertinggal satu gambar je..sate Kg.Jawa i lupa nak snap..dah habis..tinggal lidi jer.. ;p

Saturday, February 25, 2012

Bisakah....

"Bisakah yang BENCI di SAYANGI
Bisakah yang DUSTA di MAAFI
Bisakah TERBUKA KALBU...??"

Bisakah.....

I'm sharing with all of you BISAKAH official music video best of song by Datuk Siti Nurhaliza

RINDU MEMAKSAKU MENYAYANGIMU...

This is one of my favorite song cause i love so much Francisca Peter. Dan yang paling penting lagu ni express my feeling right now..Miss u so much but it is hurt..

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora

Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

[ Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu lyrics found on http://lyrics.my ] Thanks Lyrics.my

Berdiri Seorang Perindu

Hari ni rasa nak dengar lagu yang sentimental dan nak melayan perasaan sekarang, tak tahulah kenapa, mungkin den sunyi kot tapi tak siapa yang memahami..
Parts of this song yang i rasa nak share ......

" Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
berdiri aku sebagai PERINDU
meskipun JIWA KU SEDIH
terasa bagai DIHIRIS
namun ku TERSENYUM SELALU
Ku sentiasa BERI KESEMPATAN
semoga ADA RUANG KEMESRAAN.."

Ya, KESEMPATAN yang aku beri semoga ADANYA RUANG KEMESRAAN..WALAUPUN HATIKU SEDIH BAGAI DIHIRIS..biarlah aku yang TERLUKA kerana ingin MEMBAHAGIAKANMU dan aku yakin akan ADA PENAWARNYA..suatu hari nanti yang TAK PASTI..

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Omak Den

Pagi tadi my mom buat breakfast special maklumlah semua adik beradik i balik and ada di rumah memandangkan i akan berhijrah ke Johor tak lama lagi. Memang tradisi family i kalo semuanya ada dan berkumpul sure ada 'makan besar'.

Special breakfast yang i maksudkan kat title entry hari ni adalah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah original from resepi omak den. So, ni i nak sharing bahan-bahannya mengikut sukatan family i, 7 orang sekeluarga

Nasi:
1. Beras 3 pot
2. Santan 1/2 kotak (menggunakan santan ayam brand tadi tapi tak kisah brand ape pun)
3. Halia sederhana besar (sebuku sedang)
4.Garam secukup rasa

I bet u alls tahu kan cara nak masak nasi,masukkan semua bahan tadi dan tambah air ikut sukatan beras anda

Sambal Ikan Bilis
1.Ikan bilis digoreng garing dan rangup terlebih dahulu
2. Buat sambalnya pula; cili kering+bawang putih+bawang besar+ =siap blender semangkuk
3. Jangan campur terus sambal yang masih panas ke ikan bilis, nanti ikan bilis dah tak rangup lagi..sebab family i suka makan sambal ikan bilis yang still crunchy
 +
Telur Rebus
1. Rebus telur ayam (tahu kan nak rebus?)

Ayam Goreng Berempah
1. Tadi my mom amik part drumstick,wings,chest dan bahagian2 isi
2. Parts of chicken tadi perap dengan rempah kari,kiub ayam seketul,bawang putih dan halia yang ditumbuk halus secukup rasa.
3. Gaul sebati dan perap selama 10 minit
4.Digoreng 'deep fry'

Sedia untuk DIMAKAN..nyum nyum


Terima kasih ibu, love you so much